Tip Meraih Kasih Sayang Allah Taala


Saling sayang-menyanyagi sesama hamba.

Nabi SAW berpesan,sabdanya

Orang yang berkasih-sayang,pasti akan dapat kasih-sayang dari Allah Yang Maha Pengasih.Hendaklah kamu sayangi sesiapa sahaja yang berada di bumi, pasti mereka yang ada di langit akan menyayagimu(HR Abu Daud)

Suami dan isteri yang mengamalkan solat malam secara berjemaah.

Apabila seseorang lelaki bangun menunaikan solat malam,lalu membangunkan isterinya seraya dua-duanya menunaikan solat 2 rakaat,pasti mereka berdua akan dituliskan dari kalangan orang yang mengingati Allah (HR: Ibnu Majah)

Menghubungkan silaturahim

Nabi bersabda:

Orang yang sering memutuskan hubungan silaturahim tidak akan masuk syurga (HR At-Tarmizi)

Berbakti kepada kedua ibu bapa

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: wahai Tuhanku,kasihi mereka keduanya,sebagaiman mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil (al-Isra':24)

Solat malam dan membaca al-Quran dengan harapan moga-moga Allah SWT menurunkan rahmat.

Dan Kami turunkanlah daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman (al-Isra':82)

Dan apabila di bacakan Al-Quran,maka dengarlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat (al-Araf:204)

Patuhilah segala tintah dan peritah Allah SWT dan tinggalkan segala laranganNya serta beramal dengan tip-tip diatas,insyaAllah.Pasti kasih sayang Allah SWT sentiasa menaungi hidup kita.Waallahualam..........selamat beramal.

Sumber:Asmaul Husna Dengan NamaMu Aku Hidup:TG Nik Abdul Aziz Nik Mat


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia