Ahad, 26 September 2010

Optimis dengan melihat ciptaan Allah


Lihatlah olehmu akan ciptaan Tuhanmu,moga engkau orang2 yang beruntung.Allah memberi kita 2 bijik mata untuk melihat,nak lihat apa tepulanglah pada diri kita,nk lihat  yg baik atau yg buruk.semuanya bergantung kepada diri kita kerana Allah telah memberi kita akal dan hati untuk membuat pilihan kearah kebaikan atau keburukkan.

Jd Ambo nak ajak sahabat2 semua melihat ciptaan Allah untuk membentuk dan mengekalkan prinsip optimis dalam diri.







sepoi bayu dimalam hari,
gelap langit disinari bintang
lelah dengan keletah hati
entah apa yang dicari
minda menerawang entah kemana
mata dipejam,lena tak mahu


tubuh letih pinta dibelai
namun lena tetap tak kunjung tiba
angkara hati tak henti berseloka
minda berpadu,tubuh senggsara


badan longlai mengamit tingkat
jendela terbuka,langit dilihat
Al-Khalid diseru memohon berkat
Oh Tuhan indahnya ciptaanMu


Sahabat lihatlah olehmu alam ciptaan Allah ini,moga hidayahNya sentiasa bersama kita......

Selasa, 14 September 2010

Assalamualaikum

Salam semua,tak kiralah ya salam satu malaysia ke salam satu akidah yang penting semuanya berada dalam keadaan yang sihat,aman dan bahagia dibawah rahmat Allah S.W.T

Ambo(saya) ni budak baru belajar jadi kalau salah tolong tunjukkan.

Ambo(saya) buat blog ni bukan nk tunjuk pandai tp nak kongsi ilmu yang tak seberapa la kan.jadi harap2 ada yg sudi mbaca ya.

InsyaAllah,ambo akan kongsi pkr2 yg mndtngkn manfaat saja.jadi jgn jemu2 lah lawat blog ambo sokmo.

ni sesi perkenalan blog ambo je....................ambo ank serambi mekah,bukan ustazah dan bukan juga pakar motivasi tp ambo suka motivasi keagamaan.

jadi marilah kita sama2 membentuk minda optimis.