Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Anjuran Pergaulan Dalam Islam

Imej
Bolehkah kita hidup bersendirian dalam dunia ini? Secara fitrahnya perlukah manusia kepada persahabatan?saya yakin semua orang akan menjawab ya. Dalam kehidupan harian kita berdepan dengan pelbagai kerenah manusia,yang adakalanya kerenah-kerenah mereka menguji kesabaran kita,membuat perasaan kita kucar-kacir bercampur baur diantara marah,geram,rasa bersalah,rendah diri dan macam-macam lagi.Namun adakah kerana kerenah manusia ini pelbagai,kita perlu mengelak atau menolak untuk bergaul dengan orang ramai? Bukankah islam agama yang menganjurkan persatuan dan kemesraan.Islam menggalakkan kita bergaul,berkenal-kenalan diantara satu sama lain.kita dapati banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengalakkan kita bergaul untuk mengerakkan silatulrahim. Salah satu hadis nabi s.a.w yang berbunyi mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan tahan menangung telatah-telatah mereka yang menyakitinya,adalah lebih baik dari mukmin yang tak bergaul dengan orang ramai dan tidak