Isnin, 8 Mei 2017

Harapan Buat Para Pendosa


Dosa


Titik hitam yang mengelapkan hati,terpalit kepada hati manusia yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan ajaran tuhan.

Siapa di dunia ini mahu mendabik dada dia tak berdosa? Siapa yang mengaku, dialah pendosa yang paling tegar. maka buat hati yang tengah sedih mengenangkan dosa, bertaubat dan bersyukurlah hatimu masih mengenal tuhan yang maha berkuasa.Denyut hati masih merasa kita seorang hamba yang diutus ke dunia untuk tunduk dan patuh kepada tuhan yang maha Esa.

Hati itu sifatnya berbolak-balik hari ini kita mungkin ingat larangan dan ancaman tuhan kepada perbuatan dosa, esok mungkin ingat,mungkin tidak dan perjuangan kita adalah untuk taat.

Ingat perjuangan kita adalah untuk TAAT, buat yang gagal untuk taat, jalan taubat masih terbuka luas dari tuhan yang maha kaya lagi maha penerima taubat.jangan sesekali putus asa dalam menjadi hamba yang taat walaupun beribu kali mencuba tapi masih bergeluman dengan dosa.Pintu taubat masih terbuka selagi mana engkau masih diberi nikmat usia.

Jangan merasa gundah(depan manusia) dan putus asa dalam perjuangan menjadi taat kerana kesungguhan itulah yang akan dinilai oleh tuhan dalam menilai kesungguhan seorang hamba untuk taat kepadaNya.




Jumaat, 19 Disember 2014

Anjuran Pergaulan Dalam Islam


Bolehkah kita hidup bersendirian dalam dunia ini?

Secara fitrahnya perlukah manusia kepada persahabatan?saya yakin semua orang akan menjawab ya.

Dalam kehidupan harian kita berdepan dengan pelbagai kerenah manusia,yang adakalanya kerenah-kerenah mereka menguji kesabaran kita,membuat perasaan kita kucar-kacir bercampur baur diantara marah,geram,rasa bersalah,rendah diri dan macam-macam lagi.Namun adakah kerana kerenah manusia ini pelbagai,kita perlu mengelak atau menolak untuk bergaul dengan orang ramai?

Bukankah islam agama yang menganjurkan persatuan dan kemesraan.Islam menggalakkan kita bergaul,berkenal-kenalan diantara satu sama lain.kita dapati banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengalakkan kita bergaul untuk mengerakkan silatulrahim.

Salah satu hadis nabi s.a.w yang berbunyi mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan tahan menangung telatah-telatah mereka yang menyakitinya,adalah lebih baik dari mukmin yang tak bergaul dengan orang ramai dan tidak tahan sabar terhadap telatah-telatah mereka yang menyakti mereka (HR Tirmizi)]

Ini mengambarkan bertapa islam menggalakkan pergaulan, dimana digambarkan mukmin yang paling baik adalah mukmin yang paling sabar dalam berhadapan dengan kerenah orang ramai.

Memahami tabiat manusia dalam hal yang berkaitan dengan pergaulan.


Tabiat manusia dalam pergaulan boleh dipecahkan kepada dua kelompok iaitu

  1. Suka keramaian-keramaian (majlis2) dan segera ia beramah-tamah dan berkenalan dengan seorang demi seorang dan terasa riang berkenalan dengan orang yang baru dikenali dan seronok berbual-bual dengan mereka.golongan ini boleh dikatakan orang-orang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang ramai.

  2. Bila memasukkan dirinya dalam perhimpunan ramai ia duduk membeku seolah-olah terdiri dihadapanya tembok batu yang kukuh,amat sukar menegur sapa orang lain dan suka menyorok-nyorokkan diri.(tak suka bergaul dengan orang ramai,takut,malu dan sebagainya)

Islam menunjukkan jalan yang sewajarnya kepada kedua-dua golongan ini.dimana untuk golongan pertama islam mengatakan bergaullah dengan orang ramai dan awasi agamamu dan kepada golongan kedua dikatakan orang mukmin sifatnya berlemah-lembut dan beramah-tamah.

Bagaimana dengan kita,golongan manakah diri kita?

Rabu, 19 Februari 2014

Kisah:Impian Penulis







Impianku untuk menjadi penulis masih belum sirnah. idea datang mencurah-curah bagikan nasi kerabu yang siap digaul sebati,idea yang sukar dilakarkan dengan perkataan.

Agaknya inilah dugaan yang datang untuk menguji kesungguhan.Kekerdilan menjerut rasa memandang diri ini serba kekurangan.Namun hati terus melonjak untuk meninggalkan sesuatu yang hidup walaupun aku sudah mati.

Intisari hadis ini berlengar di fikiran dan berdenyut di hati

"Apabila matinya anak adam,segalanya ditinggalkan kecuali amal kebajikan,anak yang soleh yang memdoakan kedua ibu bapanya, dan ilmu yang bermanfaat"

Ilmu yang bermanfaat moga ia juga menjadi hartaku di akhirat kelak.

Aku ingin menulis,
bukan untuk mencari nama,
buka untuk mencari glamor
bukan untuk mencari harta.

Aku ingin menjadi penulis
yang mampu menbangkit minat anak bangsa membaca
memahat ilmu kukuh di dada
mengubah paradigma jumud ke terbuka.
tulisan yang menjadi harta sebagai ilmu yang bermanfaat
duberkati tuhan di dunia dan akhirat.


20/02/2014
Putrajaya

Isnin, 17 Februari 2014

Faham?

Faham?

Ku cuba faham, walaupun bingung
identiti yang di cari
tergelam- timbul dihempas rasa

Anak-anak itu mahu
sentuhan yang merasa dihatinya
menjadi contoh ikutanya

orang dewasa dihentam
virus "gila"
yang tua tak terkata apa

hendonisma
virus "gila"
yang membadai jiwa

solat hilang rasa seronoknya
malas menjadi pemberat
tulang belikat

anak kecil  yang ku kira
tidak mengerti tersengih
melihat adegan romatik orang dewasa

alahai,
apa lagi mampu ku kata
kerosakan mereka,salah kita

faham?

Isnin, 4 November 2013

1 Muharam 1435H

 
Besok,akan masuknya 1 muharam 1435 hijrah,Permulaan tahun baru bagi kelender islam.Jika diselak tabir sejarah banyak cerita dan peristiwa yang boleh dijadikan ibrah dan pedoman dalam kehidupan ini.
 
 
 
Kehadiran 1 muharam 1435 hijrah amat saya nantikan dengan harapan diri saya sendiri untuk berhijrah dalam banyak perkara yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan ini.Terutamanya aspek kerjaya untuk membawa perubahan emosi, memberikan sumbangan yang optimum kepada masyarakat dan untuk kepentingan kedudukan saya di akhirat kelak.
 
Hijrah,
Boleh didefinisikan dengan pelbagai aspek perlaksanaan,hijrah tempat dan hijrah sikap untuk mencapai matlamat atau objektif yang optimum tentang sesuatu perkara yang kita lakukan.
 
Jika kita imbas sejarah hijrah Rasulullah yang dilakukkan dengan penuh teliti dan berstrategi dan yang paling utama mendapat keizinan daripada Allah SWT.Kesan dari hijrah, perkembangan islam berlaku dengan bergitu pesat sekali.
 
Ada dugaan,ada air mata,ada usaha yang tidak mengenal erti putus asa,penentangan yang berterusan membawa terjadinya peristiwa hijrah.Hijrah bukan bererti lari dari sesuatu tempat disebabkan oleh sesuatu perkara tetapi hijrah adalah satu platform untuk pergi lebih jauh.
 
jadi saya memilih untuk berhijrah,moga-moga Allah memudahkan dan tempat yang dituju untuk proses hijrah itu seperti madhinah yang penuh dengan orang yang baik akhlaknya dan kuat kerjanya.
 
Moga-moga Allah memakbulkan segala permohonanku.Salam Maal Hijrah 1435 Hijrah.
 

 
 
 
 
 

Isnin, 30 September 2013

Keluarlah Dari Kebiasaan


Kita sepatutnya menjadi apa yang sepatutnya kita jadi.Nak jadi apa?  dan mengapa? perlu dijawab berpandukan hati yang tunduk kepada Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Tiap kita mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tak sepi juga dengan kelemahan yang tertentu.Kelemahan yang Allah berikan ada yang bersifat sementara dan ada yang kekal,kadang kala kekurangan itu menjadi kelebihan dalam sesuatu keadaan.Maha Bijaksana Allah yang Maha Mencipta hambaNya.

Yang kuat tak akan selamanya kuat,yang lemah tak selamanya lemah bergitulah putaran kehidupan.

Menghargai dan mensyukuri kelebihan adalah lebih baik dari menangisi kelemahan yang ada.Gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk berkhidmat kepada perkara yang membawa redha Allah kepada kita.

Jadi optimunkan pergunaan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita untuk mendapat redhaNya.Dan cabarannya tidak sedikit,akan ada perasaan yang terusik kerana dalam kehidupan ini kita akan berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang pelbagai untuk menaikkan tahap kemartabatan hidup.Dalam kata lain

NO PAIN NO GAIN

Untuk memoptimunkan kelebihan kita perlu keluar dari kebiasaan.Tekanan perlu diserap dengan positif dan optimis.Perlu berani menghadapi pelbagai kemungkinan dan tidak perlu ambil perduli perkara remeh yang boleh menghilangkan kerjernihan fikiran dan perasaan bila difikirkan.

Keluarlah dari kebiasaan yang tidak produktif,tiap kita diberi kelebihan yang luar biasa.

Wasalam
PUTRAJAYA
selasa 12.40 tng hari

Selasa, 24 September 2013

7 Ciri-ciri Orang Yang Mendapat Hidayah Allah



1.Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.


2.Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.


Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik - derhaka


3.Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

4.Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.




Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".


5.Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.

6.Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

7.Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

Membentuk kecerdasan daripada Al-Quran. m/s : 198.