Ahad, 31 Oktober 2010

Generasi Perintis

"Kita kena bijak menilai,ambo rasa takdok kaitan gapo hok kita pakoh dengan syurga dan neraka.jangan tertipu"

Itulah lebih kurang apa yang ingin diperkatakan oleh DJ sebuah radio repleksi kepada pilihan raya kecil di galas.saya tidak mahu menghurai pasal perkara tersebut sebenarnya tapi saya ingin tanya satu soalan.adakah dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini tiada kaitan dengan agama.cuba bagi tahu saya di bahagian mana yang tiada kaitan itu..............

Agama adalah satu cara hidup,itu bermakna ia mengatur cara hidup kita,dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.Jika kita hidup tanpa agama bermakna kita hidup atas dasar fikir semata-mata itu menjadikan kita mungkin pintar tapi kering jiwanya.Bahagiakah hidup manusia yang kering jiwanya?

Agama mengatur cara hidup kita untuk menjadi lebih berdisiplin,hebat dan berjaya bukan hanya untuk hal2 keduniaan namun untuk akhirat juga.Tanpa agama,apa kayu pengukur yang kita ingin gunakan untuk mengukur nilai diri kita yang sebenarnya.Tanpa agama bagaimana kita ingin mengenal sang pencipta,jadi timbul persoalan di minda saya bagaimana boleh wujud manusia bertuhan tapi tidak beragama??.......

Bila diikir-fikirkan itulah lumrah manusia yang ingin dan percaya bahawa ada kuasa yang maha hebat yang mencipta alam ini iaitu Allah,tuhan semesta alam.Penemuan sains telah membuktikan bahawa didalam otak manusia terdapat satu bahagian atau satu titik yang dinamakan God Spot,titik yang mewujudkan rasa akan kewujudan tuhan dan keinginan untuk bertuhan secara fitrah manusia.Maka nikmat Tuhan yang manakah  kamu mahu dustakan??

Saya ada dua persoalan yang ingin ditanya kepada manusia yang bertuhan tapi tidak beragama,Siapakah Tuhanmu?? Dan Bagaimana tuhan kamu??.Saya yakin dan percaya persoalan ini tidak akan mampu dijawab tanpa panduan dari agama……………

Yang menjadi permasalahan kini yang mengaku beragama dan bertuhan tapi tidak mahu megikut prinsip2 agama yang ditetapkan dan hanya mahu mengambil perkara yang berkenan dengan hati (nafsu) mereka sahaja.Natijahnya islam dilihat lemah walhal hakikatnya bukan islam yang lemah tetapi penganutnya yang tak sepenuh hati,  yang bermasalah.

Jadi ayuhlah wahai saudara saudari walaupun kita bukan generasi pemula apatah lagi generasi pengakhir.Tapi jadilah kita generasi perintis kepada perubahan yang sudah lama dimulakan oleh perjuang2 islam sejak zaman Rasulullah lagi……..bagaimana?? bacalah!!! dengan nama Tuhanmu yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Modul Pembangunan Kendiri (MPK:MO)

Pengenalan
Modul ini mengunakan angka 40 sebagai teras kepada pembangunan model atau module.kerana angka 40 dikaitkan dengan angka kematangan..

Modul ini dibangunkan untuk membimbing hamba2 Allah yang ingin membuat perubahan dan menambah pembaikkan diri.Mahu berubah tapi tidak tahu bagaimana dan dimana harus bermula,InsyaAllah modul ini akan menjawab persoalan itu.

Modul ini hasil dari penelitian,pembacaan,pemerhatian dan penerapan dalam diri Ambo sendiri sebagai bahan ekpirimen untuk memastikkan teori2 ini mampu dipraktikkan bukan bernilai teori semata-mata.jadi sebarang kritikan, cadangan dan penambah baikkan amat2 dialukan.

Matlamat modul ini adalah membawa manusia kearah kehidupan beragama dan bertuhan.memandangkan masa kini ramai manusia yang beragama tetapi tidak bertuhan(bukan bermaksud tidak percaya kepada kewujudkan tuhan,mereka percaya adanya tuhan) dan ada juga yang bertuhan tetapi tidak beragama.

Modul ini berteraskan prinsip motivasi keagamaan yang menjadikan rasulullah sebagai role-model.

Modul ini diharap dapat membantu setiap insan supaya sentiasa optimis dengan nilai keagamaan yang tulen.

Fokus modul ini adalah kepada golongan yang lemah dan sederhana pegetahuan agama mereka.(Yg hebat pegetahuannya tolong saya meningkatkan kualiti modul ini,moga bernilai ibadah disisi Allah)

Bangkitkan dirimu

Dalam hidup ini,perjalanan tak selalu indah,masalah,kekecewaan,rasa ingin berputus asa menjadi asam garam dalam kehidupan.Tapi orang yang tabah tak pernah kenal erti putus asa dalam kehidupan.Tapi adakalanya bisikkan supaya berputus asa sering kali menjegah.jangan megalah teruskan perjuangan!!


Beranilah melangkah,walaupun pahit.Kalau tak mahu mulakan langkah yang pahit jangan diharap datangnya langkah yang bahagia.
Bacalah!
Bacalah buku-buku perjuangan dan pengorbanan, ia akan memberikan rangsangan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan agenda dakwah dan pembaharuan umat. Sebab itu al-Quran mengubati perasaan Nabi s.a.w dengan kisah-kisah silam yang dapat menyedarkan tentang harga pengorbanan yang wajib dibayar dalam meneruskan agenda perubahan.

Firman Allah:
(maksudnya) Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.Dan demi sesungguhnya, rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu. Dan jika perbuatan berpaling mereka (keingkaran mereka) itu terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil”. (Surah al-An’am, ayat 33-35). 

semoga tabah dalam meneruskan kehidupan