Rabu, 26 Januari 2011

Jangan Tidur Sebelum Lakukan 4 Perkara

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah,
" Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:

1-Mengkhatam Al-Quran.


2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.

3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.


4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.

Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : " Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang".

Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :

Apabila kamu:
1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.


2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.

3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.

4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.



Sumber: Kitab 1001 Feqah Nasihat. m/s : 185

Isnin, 24 Januari 2011

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Dapat melihat adanya bantuan Allah SWT. Dalam Surah Ali Imran, ayat 13.

Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada 2 golongan yang bertemu (bertempur).segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala mereka (seakan-akan) orang-orang muslimin 2 kali jumlah mereka.Allah menguatkan dengan bantuannya siapa yang dikehendakiNya.Sesungguhnya yang demikian itu terdapat  pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.

Dapat mengambil pengajaran daripada perubahan siang dan malam yang Allah SWT ciptakan. Surah An-Nur, ayat 44.

Allah mengantikan malam dan siang.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan.


Sentiasa berzikir dan ingat pada hari Kiamat. Dalam surah As-Sad, ayat 45.

Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut,kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat,dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut mereka tiba-tiba bergirang hati


Memperolehi pelajaran daripada bukti-bukti kebesaran Allah SWT. Surah Al-Hasyr, ayat 2.

Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali pertama*.Kamu tiada menyangka,bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin,bahawa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari siksaan Allah.maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang tidak mereka sangka-sangka.dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka.mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan-tangan orang yang beriman.maka ambillah kejadian itu untuk menjadi pelajaran,hai orang -orang yang mempunyai pandangan.

*Yang dimaksud dengan ahli kitab ialah orang-orang yahudi bani Nadhir,merekalah yang mula-mula dikumpul untuk diusir keluar dari kota madinah.

Sumber:Membentuk Kecerdasan Melalui Al-Quran. m/s : 200.

Jumaat, 7 Januari 2011

Kisah Brian Mencari Islam


“Imam, Imam! Assalamualaikum!” kedengaran suara menjerit dari luar.
Siapa pula yang datang ke rumah saya awal-awal pagi ini. Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi.
“Waalaikum al-Salaam wa Rahmatullah. Sebentar ya”, saya menuju ke pintu.
Oh, Hisham rupanya. Dia tersenyum dan ketawa kecil.
“Ya Hisham, apa halnya?”, saya bertanya kehairanan. 
“Saya tahu Imam tak suka diganggu waktu-waktu begini. Sebab itu saya ketawa.”, kata Hisham.
“Oh, tidaklah sampai begitu. Kalau ada keperluan, tak ada masalah. Kenapa kamu ni? Bekalan roti empat segi kamu sudah habiskah?”, saya masih menunggu penjelasan.
“Di masjid sana, ada seorang budak Irish mahu berjumpa dengan Imam. Dia nampak cemas dan enggan memberitahu saya apa tujuannya mahu berjumpa dengan Imam.”, kata Hisham.
“Kesian kamu. Orang nak jumpa saya, kamu pula yang dikejutkan awal-awal pagi ini”, saya menjawab.
“Eh, bila pula saya tidur?”, Hisham menyanggah andaian saya.
“Hmm, bukan saya tak kenal kamu, Hisham. Baiklah. Saya datang sekarang”, saya masuk ke rumah untuk bersiap.
PERKAHWINAN AHLI KITAB
Hisham dan adiknya Abdul Rahim menyewa di bilik loteng masjid kami. Mereka berdua ini agak istimewa kepada saya kerana latar belakang keluarga mereka yang unik. Ayah Hisham dan Abdul Rahim adalah seorang pensyarah yang mengajar Bahasa Inggeris di Arab Saudi. Beliau dari Mesir. Manakala ibu Hisham dan Abdul Rahim pula adalah seorang wanita Irish Kristian bermazhab Katolik. Beliau adalah bekas rahib di gereja tetapi kemudiannya berkahwin dengan ayah Hisham.
Perkahwinan mereka adalah berasaskan kepada peruntukan syarak terhadap pernikahan Ahli Kitab. Berdasarkan statistik yang disimpan di masjid, kebanyakan perkahwinan lelaki Muslim dengan perempuan Kristian, tidak berjaya. Sama ada ia berakhir dengan penceraian dan konflik, atau anak-anak mereka ditimpa krisis identiti yang teruk.
Akan tetapi ibu Hisham membesarkannya adik beradik dengan penuh amanah. Ayah mereka tinggal di Arab Saudi dan datang ke Ireland hanya beberapa kali dalam setahun. Tetapi ibu mereka membesarkan mereka dengan baik, malah tidak keterlaluan saya katakan, lebih baik daripada kebanyakan perempuan Muslim yang saya temui di sekitar Ireland. Anak-anaknya dibesarkan sebagai seorang Muslim yang taat dan apabila Hisham dan Abdul Rahman, serta abangnya Dr. Ahmad sebelum ini, masuk ke universiti, beliau sendiri meminta kepada masjid agar menerima anak-anaknya untuk menyewa di bilik masjid agar ‘terjaga’.
Saya pernah bertemu beberapa kali dengannya dan saya amat kagum dengan peribadi beliau. Hampir terlupa saya bahawa beliau beragama Kristian. Mudah-mudahan terbukalah hatinya di suatu hari nanti untuk menerima Islam.
TETAMU YANG ‘KETAKUTAN’
Perjalanan saya dari rumah ke masjid hanya sekitar 100 meter. Apabila saya masuk ke pejabat, saya lihat Hisham sedang berbual dengan seorang budak Irish yang saya anggarkan umurnya sekitar 17 atau 18 tahun.
“Selamat pagi. Saya Hasrizal. Imam di sini”, saya menghulurkan tangan bersalaman.
“Selamat pagi Imam. Nama saya Brian. Boleh saya berbual dengan Imam sekejap?”, Brian menyambut tangan saya. Beliau sedikit menggigil.
“Tentu sekali. Silakan duduk. Nampaknya awak seperti ada masalah. Dengan izin Tuhan, saya akan cuba membantu”, saya mempersilakan beliau duduk.
“Mereka nak bunuh saya, Imam! Mereka sedang mencari saya”, Brian memulakan cerita. Matanya liar melihat kiri dan kanan pejabat saya.
“Eh, siapa pula yang nak bunuh kamu? Apa sebabnya?”, saya terkejut.
“Mereka tahu yang saya sudah menemui kebenaran. Mereka tahu saya sudah tidak percaya kepada mereka. Mereka akan sihirkan saya. Apa yang patut saya buat, Imam?”, Brian semakin gelisah.
“Sabar, Brian. Ceritakan kepada saya satu persatu. Siapa kamu, siapa mereka, dan mengapa mereka mahu membunuh kamu?”, saya cuba menenangkan Brian.
“Imam mungkin tak kenal saya. Tapi saya kenal Imam. Saya selalu duduk di luar pagar masjid mendengar ucapan Imam setiap Jumaat.”, katanya.
KHUTBAH JUMAAT UNTUK NON MUSLIM
Saya tahu, setiap Jumaat apabila saya menyampaikan khutbah, memang ada beberapa orang bukan Islam yang datang secara tetap untuk mendengar khutbah. Saya tidak pasti siapa mereka. Mungkin datang kerana jujur mencari kebenaran, mungkin juga perisik atau polis freeman yang memantau kegiatan masjid. Tetapi saya sentiasa pastikan khutbah Jumaat saya ada bahagian untuk kumpulan non Muslim yang datang itu.  Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka adalah Brian.
“Baik. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami. Teruskan cerita kamu”, saya memberi laluan kepada Brian.
“Sebenarnya saya adalah pengikut Jehovah’s Witnesses Movement. Imam tahu apa itu Jehovah’s Witnesses?”, Brian bertanya kepada saya.
“Ya, sedikit sebanyak saya tahu mengenainya”, saya menjawab.
GERAKAN JEHOVAH’S WITNESSES

Charles Taze Russell
Jehovah’s Witnesses Movement ini adalah pecahan daripada Kristian bermazhab Protestant. Ia diasaskan oleh Charles Taze Russell di Amerika Syarikat pada tahun 1884. Di Belfast, saya tahu kumpulan ini bergerak aktif. Kadang-kadang mereka datang ke rumah orang Islam untuk menyampaikan mesej mereka. Saya juga pernah terbaca majalah mereka yang terkenal, The Watchtower.
“Saya tinggal di Armagh. Di sana juga ada jemaah Jehovah’s Witnesses ini. Saya sudah lama mengikuti program mereka bersama ibu bapa saya. Tetapi saya sudah tidak percayakan mereka. Saya tahu agama yang benar bukan agama itu. Sebab itulah saya cuba belajar tentang Islam.”, Brian bercerita. Tangannya berpeluh-peluh dan masih kelihatan gelisah.
“Teruskan”, saya memberitahu.
“Mereka sudah tahu yang saya selalu datang ke masjid di Belfast. Mereka mahu membunuh saya”, kata-kata Brian semakin cemas bunyinya.
“Negara ini bukankah ada undang-undang? Jika mereka mengugut kamu, maka kamu mesti melaporkannya kepada polis”, saya cuba mententeramkan budak Irish yang malang ini.
“Tapi Imam, mereka tidak mengugut saya. Mereka sudah tidak bercakap dengan saya. Saya dipulaukan”, kata Brian.
“Habis, macam mana kamu boleh katakan yang mereka mahu membunuh kamu?”, saya mahu mendapatkan kepastian.
“Saya dengar, mereka yang lari dari jemaah kami akan dihukum bunuh. Lagi pun mereka mengamalkan Black Magic. Saya takut Imam”, Brian mula menangis. Beliau terus panik dan matanya masih tidak fokus.
“Brian, izinkan saya bertanya. Sejauh manakah kamu telah memahami Islam?”, saya cuba mengalihkan perhatian beliau dari topik asal. Semata-mata untuk mententeramkannya dan menentukan arah perbincangan saya.
“Selain khutbah Imam, saya juga ada membaca buku-buku tentang Islam. Antara buku yang banyak mendorong saya mendekati Islam adalah buku Karen Armstrong”, katanya.
“Buku yang mana satu? A History of God atau tentang Muhammad?”, saya nampak Brian sudah tenang sedikit.
“Oh, saya hanya baca buku tentang Muhammad itu”, Brian memberitahu.
Buku Muhammad: A Biography of the Prophet yang ditulis oleh Karen Armstrong memang telah banyak menyumbang kepada pembetulan fakta tentang Rasulullah SAW dan Islam, di kalangan masyarakat Barat. Saya sendiri berasa hairan mengapakah buku tersebut diharamkan oleh JAKIM.  Mungkin di dalamnya ada satu dua fakta yang silap. Tetapi berpadananlah dengan penulisnya yang bukan seorang Muslim.  Karen Armstrong menyimpulkan dirinya sebagai freelance monotheist. Tetapi ia tidak menjejaskan mesej asal buku tersebut yang mahu masyarakat Barat menilai kembali kefahaman mereka tentang Muhammad SAW dan Islam.
PANDANGAN TENTANG ISLAM
“Bagaimana pandangan kamu tentang Islam setakat ini?”, saya cuba mencungkil kesedaran Brian.
“Apabila saya membaca tentang Islam, sekarang ini saya sudah yakin yang Kristian bukan agama yang benar. Cuma, adakah Islam ini agama yang sebenar-benarnya, saya masih mengkaji. Kita hari ini banyak diselubungi oleh pseudoreligion. Susah nak bezakan antara ajaran agama yang asal dengan intepretasi pengikutnya yang pelbagai. Saya tidak pasti adakah saya sedang memahami Islam sebenar atau pseudo-Islam?”, Brian menyambung kalamnya.
Saya faham. Bagi seorang yang beragama Kristian, terutamanya yang bermazhab Protestant, ramai yang skeptik dengan agama. Pandangan mereka diselubungi prejudis terhadap banyak perkara berkaitan kebenaran. Perbuatan Gereja memutar belitkan agamanya, telah menyebabkan Eropah hilang kepercayaan kepada agama.
Nietzsche (1844-1900)
Malah ada yang sampai ke tahap mendakwa Tuhan itu telah mati, seperti kata Nietzsche (1844-1900).  Ramai yang menganggap bahawa Nietzsche itu mulhid kerana menolak kewujudan Tuhan. Tetapi saya tidak beranggapan demikian. Nietzsche bukan menolak Tuhan si Pencipta. Tuhan yang telah mati itu, adalah Tuhan yang direka dan digambarkan oleh ajaran Kristian di zamannya yang cemar.
Nietzsche tidak menyerang Kristian dengan alasan ia bersalahan dengan tradisi reason. Nietszche hanya menentang kerana pada pandangan beliau ajaran Kristian telah menanamkan roh dan jiwa yang sakit atau rosak ke dalam diri manusia. Agama yang menuduh manusia itu asalnya berdosa menjatuhkan harga diri manusia. Paling buruk, dosa itu perlu ditebus melalui pengakuan (confession) yang dibuat kepada paderi. Bayangkan, bagaimana ‘angkuhnya’ seorang paderi yang tahu semua rahsia setiap seorang penduduk kampung. Fenomena inilah yang menjahanamkan Kristian di Eropah. Paderi menjual Certificate of Indulgence kepada penduduk kampung sebagai jaminan masuk syurga kepada mereka.
Inilah yang ditentang oleh Nietzsche malah ramai pemikir Eropah sebelumnya. Tuhan dan Ketuhanan Kristian adalah pseudoreligion.
KECERAHAN ISLAM
“Saya cadangkan kepada Brian supaya kamu tidak membaca Islam seperti kamu membaca Kristian. Islam tidak seperti agama lain. Islam lahir dalam cahaya sejarah yang terang benderang”, saya cuba menjelaskan.
“Ya, Ernest Renan pernah berkata begitu. Islam was born in full light of history”, balas Brian.
“Benar. Islam ada teks rujukannya yang masih terpelihara. Al-Quran hari ini sama dengan al-Quran yang dibaca oleh Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Kata-kata Muhammad juga masih direkod dengan baik dan cermat. Maka kamu boleh menilai di antara idea-idea pseudo-Islam, dengan Islam yang sebenar”, saya memberitahu.
“Ya, saya faham tentang hal itu. Saya yakin perjalanan saya kepada Islam akan berakhir dengan baik.”, kata Brian.
“Amen. Semoga Allah mudahkan perjalananmu itu”, saya menadah tangan.
“Tapi Imam, sampaikah saya ke hujung jalan itu? Mereka mahu membunuh saya!”, Brian kelihatan cemas semula.
“Brian, apakah nilai paling tinggi dalam hidup ini?”, saya bertanya.
“Kebenaran! Itulah yang tertinggi dalam hidup ini”, kata Brian.
“Mengatasi soal hidup dan mati?”, saya menduganya.
“Ya, hidup tidak bermakna jika tidak dapat bertemu dengan kebenaran.  Mati sia-sia jika berlaku dalam kesesatan”, Brian berfalsafah.
“Benar. Itulah erti hidup ini. Mencari kebenaran sebagai pegangan hidup. Kamu mahu hidup untuk mencari kebenaran atau mencari kebenaran untuk menampung hidup?”, saya membalasnya dengan soalan falsafah saya pula.
“Kalau boleh biarlah dua-dua sekali. Tetapi memanfaatkan hidup untuk mencari kebenaran adalah lebih penting!”, jawab Brian.
“Jika begitu, kamu tidak sepatutnya bimbang. Hidup dan mati bukan ditentukan oleh manusia. Tetapi jika ketentuan kamu adalah mati kerana mencari kebenaran, tidakkah kamu sudah menyempurnakan maksud hidupmu?”, saya mencabar Brian.
“Ya. Imam betul. Tetapi untuk saya berkata yang saya tidak takut mati, saya berbohong, Imam”, Brian tunduk.
“Saya tidak pernah mencadangkan agar kamu tidak takut kepada mati. Tetapi biarlah ketakutan itu diterjemahkan kepada persiapan”, ujar saya.
“Persiapan untuk mati, maksud Imam?” tanya Brian.
“Ya, kita bukan hidup untuk hidup. Kita hidup untuk mati. Dan kita mati untuk kehidupan yang kekal abadi”, saya cuba meyakinkan beliau.
TINGGI DENGAN ISLAM
“Brian, mari sini, saya tunjukkan kamu sesuatu yang pasti bukan pseudo-Islam”, saya memanggil Brian agar rapat ke sisi.
Saya tunjukkan kepada Brian mushaf al-Quran dan saya bacakan kepadanya firman Allah SWT
Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali Imran:  139]
“Ya Brian, ayat ini menghilangkan kesedihan dan kebimbangan kita. Jika kamu tulus dalam mencari kebenaran, pertimbangkanlah Islam dan tinggilah kamu dengan keimanan itu”, saya merenung Brian.
“Terima kasih Imam. Sekurang-kurangnya saya rasa agak tenang untuk hari ini. Tetapi esok, entahlah”, kata Brian dengan suara yang lemah.
“Jika ada sesuatu yang menenang dan menguatkan kamu hari ini, guna dan tingkatlah ia untuk kekuatan kamu esok. Jika Brian ada sebarang masalah, kamu tahu di mana kamu boleh mencari saya, bukan?”, saya menepuk bahunya.
“Ya. Terima kasih Imam”, jawab Brian.
LAMBAIAN PERPISAHAN
Saya menghantar Brian ke pagar masjid. Lambaian saya kepadanya penuh kebimbangan. Setiap hari saya menanti Brian untuk pulang semula ke masjid. Tetapi hingga ke hari ini, Brian tidak pernah muncul.
“Ya Allah, telah kuajarkan Syahadah kepadanya. Jika Engkau takdirkan kematiannya sebelum kami bertemu, ingatkanlah Brian kepada kesaksiannya terhadap-Mu. Ameen”, saya hanya mampu berdoa.
Semoga Allah membantu masyarakat Eropah dalam perjalanan sebuah bangsa… mencari Tuhan.

Sumber; www.saifulislam.com 

Rabu, 5 Januari 2011

Lynete Wehner:Mengajar Di Sekolah Islam Membawa Ke Cahaya Islam


Begitulah sunnah Allah. Sesiapa yang mencari kebenaran, pasti dia akan menemuinya. Allah tidak mensia-siakan pencarian hambaNya.

Lynette Wehner mengakui berada dalam dilema ketika pertama kali mendapatkan tugas mengajar di sebuah sekolah Islam. Wehner lahir dari keluarga Amerika yang menganut agama Kristian Katolik. Kedua mertuanya mengingatkan agar Wehner tidak terpengaruh dengan ajaran Islam bila berkhidmat di sekolah Islam itu."Yang penting, kamu tidak masuk Islam," begitu kata ayah mertuanya.

Selama dua hari Wehner merasa gelisah untuk mengambil keputusan apakah ia akan menerima tugas tersebut, apalagi pihak sekolah mewajibkannya mengenakan jilbab waktu mengajar. Jilbab adalah sesuatu yang sangat asing baginya. Tapi akhirnya ia menerima pekerjaan mengajar di sekolah Islam itu dengan pertimbangan bahawa pengalaman mengajarnya yang pertama ini akan menjadi batu loncatan baginya kelak.

Hari pertama mengajar, seorang staf di sekolah Islam itu membantunya memakai jilbab di ruang guru. "Kami tertawa sambil mencuba berbagai gaya berjilbab," ujar Wehner yang mengaku pagi itu merasa sangat tenang berada di lingkungan muslim. Selama ini,Wehner selalu berpandangan bahawa orang-orang Islam tidak ramah dan selalu serius. Hari pertamanya di sekolah Islam membuat Wehner bertanyakan dirinya, mengapa seseorang mudah membuat tanggapan terhadap orang lain tanpa mengetahiu lebih dalam tentang seseorang itu.

"Saya belajar banyak perkara di hari pertama mengajar. Saya terkejut dengan sikap para pelajar, pengetahuan mereka tentang agama saya (Kristian) lebih baik dibandingkan pengetahuan yang saya miliki dan saya bertanya dalam hati, dari mana mereka tahu semua itu," tutur Wehner.

"Murid-murid saya selalu menanyakan tentang ajaran agama saya dan itu membuat saya berfikir 'apa yang saya yakini?'" sambung Wehner.

Sejak kecil Wehner dididik dengan ajaran Katolik, tapi ketika dewasa ia meninggalkan ajaran agamanya itu. Wehner mengaku merasa tidak selesa dengan ajaran Katolik dan merasa ada sesuatu yang salah. Ia lalu beralih ke aliran Kristian lainnya yang lebih moden, tapi aliran itu juga tidak memuaskan hatinya.

"Yang saya tahu, saya hanya ingin berhubungan dengan Tuhan. Saya tidak mahu agama saya menjadi sesuatu yang hanya membuat saya merasa bahawa saya harus 'menjadi orang baik' di hadapan orang. Saya ingin merasakan agama itu di hati saya. Ketika itu, saya kehilangan arah tapi saya tidak menyedarinya," papar Wehner.

Di sekolah Islam tempatnya mengajar, Wehner banyak berinteraksi dengan para pelajarnya yang masih kecil. Anak-anak itulah yang menghantar Wehner ke cahaya Islam. Pelajarnya seringkali meninggalkan buku-buku pelajaran mereka di sekolah. Diam-diam, Wehner sering membaca buku-buku yang mengandungi ajaran Islam, yang ditinggalkan murid-muridnya itu selepas waktu persekolahan. Saat itu Wehner mulai merasakan bahawa apa yang ia baca mengandung banyak kebenaran.

Selepas itu, Wehner sering bertanyakan soal Islam dengan seorang guru perempuan dan seorang guru lelaki di sekolah itu. Ia bahkan dapat menghabiskan masa berjam-jam untuk berbincang dan memuaskan rasa ingin tahunya tentang Islam. "Perbincangan kami sangat intelek dan mendorong rasa ingin tahu saya. Saya merasa telah menjumpai apa yang selama ini saya cari. Tiba-tiba saja, ada rasa tenaga yang melebar di dalam hari saya ..." ujar Wehner.

Di rumah, Wehner mulai membaca terjemahan Al-Quran. Suami Wehner (ketika itu ia masih belum bercerai) tidak suka melihat minatnya terhadap Islam, sehingga Wehner harus mencari tempat tersembunyi jika ingin membaca Al-Quran. Awalnya, Wehner merasa takut setelah melakukan pengkhianatan terhadap agamanya dan ragu untuk mempercayai bahawa ada kitab suci lain, selain Alkitab yang diturunkan Tuhan.

"Namun saya berusaha mendengar apa kata hati saya yang menyuruh saya membaca Al-Quran. Saat saya membacanya, saya merasa beberapa bahagian dalam Al-Quran itu dituliskan khas untuk saya. Seringkali saya membacanya sambil menangis. Tapi setelah itu, saya merasa tenang, meski pun masih bingung. Sepertinya masih ada sesuatu yang menahan saya untuk menerimanya sepenuh hati," tutur Wehner.

Memakan masa berbulan-bulan lagi bagi Wehner untuk meyakinkan hatinya. Ia terus membaca, bertanya pada ramai orang dan melakukan pencarian agama, sampai ada satu saat yang menjadi menentukan keputusannya untuk menjadi seorang muslim.

"Saya mencuba solat di bilik anak lelaki saya. Tangan saya memegang sebuah buku tentang cara-cara bersolat. Saya berdiri dengan konflik dalam diri saya. Saya tidak biasa berdoa secara langsung pada Tuhan. Sepanjang hidup saya, saya diajarkan untuk berdoa kepada Jesus. Jesuslah yang akan menyampaikan doa saya pada Tuhan. Saya takut telah melakukan tindakan yang salah. Saya tidak mahu Jesus marah. Saya merasa ada gelombang besar yang menghentam saya," kata Wehner mengungkapkan kebimbangannya saat itu.

Tapi Wehner kemudian berfikir lebih dalam lagi, tidak mungkin Tuhan marah pada hambanya yang ingin lebih mendekatkan diri padaNya. Tidak mungkin Jesus marah pada orang yang ingin mendekatkan diri pada Tuhan. Bukankah itu yang Jesus inginkan? Hari itu, Wehner yakin bahawa Tuhan sedang berkata-kata padanya dengan suara yang kuat, yang menggema dalam hati dan fikirannya, bahawa tidak ada yang perlu ia takutkan jika memang ia ingin berpindah ke agama Islam.

"Ketika itu saya mulai menangis dan menangis. Suara itulah yang ingin saya dengar. Dan mulai hari itu saya yakin bahawa saya harus memeluk Islam. Keputusan inilah yang benar dan tidak ada yang perlu dipersoalkan lagi," ujar Wehner.

Wehner mengucapkan dua kalimat syahadat di hadapan seluruh pelajar sekolah Islam tempat ia mengajar. "Saya menjadi orang yang baru. Saya yakin telah membuat keputusan yang benar. Saya tidak pernah begitu dekat dengan Tuhan, sampai saya menjadi seorang muslim. Alhamdulillah, saya sangat beruntung," bicara Wehner menutup kisahnya menjadi seorang mualaf.

Sumber Ciplak:
http://zharifalimin.blogspot.com

Selasa, 4 Januari 2011

Hukum Dan Syarat-syarat Taubat


Berkata Imam Nawawi:Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah Taala iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak Adam maka terdapat tiga syarat:

Meninggalkan maksiat.
Menyesal dengan perlakuan tersebut.
Berazam tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah. Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam maka syaratnya ada empat iaitu tiga yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya. Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya.

Jika ia termasuk hak-hak anak Adam tidak kira apa jua seperti had menuduh atau seumpamanya maka hendaklah minta dihalalkan daripadanya. Dia juga wajib bertaubat daripada segala dosa.Di antara syarat-syarat lain ialah meninggalkan kawan-kawan yang jahat serta menjauhkan diri daripada orang-orang yang fasik yang boleh menggalakkan seseorang itu melakukan maksiat dan menjauhkan daripada taat.

Kemudian bergaullah dengan orang-orang yang baik lagi jujur.Firman Allah Taala bermaksud:

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga datang ajal kepada seseorang di antara mereka barulah ia mengatakan: 

Sesungguhnya sekarang saya bertaubat. Dan tidak pula (diterima taubat) orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang itu sudah kami sediakan seksa yang pedih." (Surah an-Nisa: ayat 17 dan 18).



TAUBAT ORANG AWAM

adapun ahli tasawuf bukan sahaja tertumpu kepada taubat daripada maksiat kerana pada pandangan mereka ia adalah taubat orang awam. Bahkan mereka bertaubat lebih dari itu iaitu bertaubat daripada semua perkara yang boleh menyibukkan hati dari mengingati Allah Taala setiap masa.Berkata Dzun Nun al-Mishri iaitu seorang sufi yang agung:

"Taubat orang awam adalah daripada segala dosa sementara taubat golongan khawas (gologan khusus yang hampir kepada Allah Taala) adalah dari kelalaian."

KISAH IKTIBAR


Kisah ini ada diriwayatkan di dalam sahih Muslim iaitu kisah pembunuh yang membunah seratus orang. Pembunuh itu diberi panduan dan jalan oleh seorang yang paling alim di zamannya bahawa Allah Taala akan menerima taubatnya. Orang alim tadi memberikan syarat kepadanya agar meninggalkan suasana persekitaran yang rosak kerana persekitaran di antara faktor besar yang menyebabkan dia melakukan kejahatan. Kemudian pembunuh itu pergi ke tempat yang di maksudkan. Di sana terdapat orang mukmin yang soleh agar dia mencintai orang-orang yang soleh serta dia dapat diberikan tunjuk ajar dari mereka.

PINTU TAUBAT MASIH DIBUKA

Sesungguhnya pintu taubat masih lagi terbuka kepada semua manusia sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Maka bersegeralah kita semua untuk bertaubat kepadaNya sebelum terlambat.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. (Riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
PENUTUP

Sebagai hambaNya yang amat lemah adalah kita dituntut supaya sentiasa bertaubat di atas segala dosa yang pernah kita kerjakan. Contohilah Rasulullah S.A.W. yang sentiasa bertaubat kepada Allah Taala walaupun baginda seorang yang maksum. Jadi marilah kita memperbanyakkan taubat dengan taubat nasuha agar hati kita sentiasa suci bersih dari sebarang kekotoran dan kejahatan yang boleh menyebabkan hati menjadi lalai dari mengingatiNya.‘

Memberi dan Berbakti’Wallahualam.


Sumber: http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000825731798 

Ahad, 2 Januari 2011

Spesis Sembahyang Golongan Munafik

              
         "sesungguh solat itu boleh mengcegah perbuatan keji dan mungkar"


Bertapa solat yang kelihatan satu perbuatan yang ringkas itu mampu menyelamatkan seseorang itu dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.solat satu perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.Bunyi macam ringkas,namun ringkaskah sebenarnya?


Saya tak mahu menyentuh perihal orang yang tidak solat,tapi mahu menilai dan muhasabah diri mengapa ramai yang solat namun masih lagi bergelumang dengan maksiat.sedangkan solat itu mampu mencegah seseorang itu dari perbuatan keji dan mungkar.


Solat tapi masih lagi seronok begelumang dengan maksiat...


Solat tapi tak boleh meninggalkan maksiat...............


Persoalannya dimana kesilapan yang berlaku sehingga solat tidak mampu menjadi benteng untuk tidak melakukan maksiat?ataupun sekurang-kurang menerbitkan rasa malu jika melakukan maksiat.....


disini saya kongsi sedikit untuk muhasabah kita bersama kenapa solat itu tak mampu membentengkan diri kita untuk tidak melakukan maksiat.Spesis solat golongan munafik:



Sembahyang dalam keadaan yang MALAS

Orang munafiq apabila ia bersolat,ia bersolat dalam keadaan malas 

.......dan apabila mereka bangun(orang-orang munafiq) untuk sembahyang,mereka bangun dalam keadaan malas................(Al-Nisa:142)

......dan mereka orang munafiq tidak datang kepada sembahyang melainkan mereka datang dengan keadaan malas...............(Al-Taubah:54)
Melewat-lewatkan solat


Rasulullah saw bersabda, itulah waktu sembahyang orang munafik.itulah waktu sembahyang orang munafik.itulah waktu sembahyang orang munafik.ia tunggu sampai bulatan matahari hampir terbalam-balam di permukaan air,hingga bulatan matahari hampir menyerupai 2 tanduk syaitan.Di waktu ini mereka sembahyang 4 rakaat seperti ayam mematuk makanan.Tanpa sebarang zikir kepada Allah,jikapun ada hanyalah pendek-pendek.


Yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah solat asar,kesibukan dengan urusan jual-beli(urusan dunia) sehingga mereka menanguhkan solat sehingga kehujung waktu yang hampir maghrib.jadi solat ditunaikan dalam keadaan tergesa-gesa.

Jadi bagaimana dengan solat kita,ada ciri-ciri ni tak?

Jika ada, perlu diperbetulkan segera,jika takde alhamdulillah.........

P/s: Perkara pertama yang akan ditanya diakhirat kelat adalah solat.ini menunjukkan berapa pentingnya solat....


Sabtu, 1 Januari 2011

Optimis Untuk Berubah (Part 1)


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra’d:11)

Siapa dalam dunia ini tidak pernah terlitas dalam sakilah hatinya untuk berubah,adakah? Saya yakin dan percaya semua orang ingin berubah.

Cuma yang membezakan diantara mereka adalah orang berjaya membuat perubahan dan orang yang hanya berangan-angan untuk membuat perubahan namun tidak pernah berusaha untuk berubah hasilnya tiada perubahan yang positif berlaku dalam hidupnya. saya katakan tiada perubahan positif kerana manusia tetap akan berubah walaupun ia tidak pernah berusaha untuk berubah kerana suasana akan merubah mereka.Mahu tidak mahu,perubahan tetap berlaku, Dan orang yang ingin berubah tetapi tiada kekuatan untuk berubah.

 Eh,berubahkah orang yang tidak berusaha untuk berubah?

Orang yang tak ingin berubah adakalanya mereka tidak sedar ada perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka,perubahan yang bagaimana agaknya?perubahan yang tidak memberangsangkan dan mungkin bersifat keduniaan semata-mata.Perubahan yang berlaku di luaran semata-mata tanpa perubahan yang positif dari aspek dalaman.Walaubagaimanapun, ada yang bernasib baik walaupun ia tidak berusaha untuk berubah tetapi suasana sekeliling mereka membawa mereka ke arah yang positif.

Istilah yang sudah tidak asing bagi kita semua. ingin berubah atau dipaksa untuk berubah,ini bermakna kita mahu berubah atau tidak,kita tetap kena berubah.Bila disebut mahu berubah dan terpaksa berubah ia mempunyai kesan dan rasa yang berbeza.Bila kita sendiri yang ingin membuat perubahan,ia akan berlaku dalam keadaan yang sangat menyenangkan kerana kita sendiri yang ingin membuat perubahan,halangan yang dilalui semasa kita ingin berubah dijadikan dorongan motivasi untuk lebih tabah bukan dikeluh dan ditangisi sebagai bala yang menimpa diri berbeza dengan orang yang terpaksa berubah,hidupnya tidak pernah sunyi dari keluhan dan mencari alasan dan mangsa untuk dipersalahkan.
 
Ingin berubah namun rasanya seperti kehilangan arah,tidak tahu kemana hendak dituju.....
 
Bagi saya itu perkara biasa,ramai orang bila ingin membuat perubahan dia seakan-akan hilang arah ,tidak tahu kemana hendak dituju,tidak tahu apa yang difikirkannya,dia menjadi keliru tidak tahu apa yang dia mahu dan ada yang mungkin merasa dia seolah-olah tidak mengenal diri mereka sendiri.Bila perkara ini berlaku akan timbul 3 persoalan biasa yang mudah dijawab secara lisan bagi yang tahu.Persoalan itu:

1)Siapa Aku?

2)Mengapa aku di dunia ini/mengapa aku dicipta?

3)Kemana aku akan pergi selepas ini?

Jika persoalan ini yang wujud bersyukurlah,persoalan-persoalan ini ingin membawa kita dekat kepada Allah,InsyaAllah yang akan menghasilkan suatu kuasa berubah yang sangat hebat insyaAllah....


Ingin berubah tapi tiada kekuatan untuk berubah.bila ingin berubah ada sesuatu yang perlu dilakukan dan ada sesuatu yang perlu ditinggalkan yang memberi makna untuk berubah perlu ada pergorbanan.Bila disebut pergorbanan ada yang mula takut,kecut perut dan mula membuat alasan tiada kekuatan untuk berubah.......tiada kekuatan untuk berubah hanyalah ALASAN!!!.

Jika mahu berubah perlu ada KESUNGGUHAN.jadi mahukah kita berubah?

P/s:Bersambung ke part 2,insyaAllah dalam masa yang terdekat.....................moga entri ini bermanfaat,sebarang pandangan dan kritikan dialu-alukan......

Tenangkan diri,ingat Allah, tengok baby:))