Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fardu Ain

Back To Basic: Asma ul-Husna Kisah Cinta Seorang Hamba

Bismillahirahmanirahim......... Salah satu cara untuk kita mengenal Allah SWT adalah dengan membaca,mengkaji,menghayati dan mengingat nama-nama Allah serta beramal dengannya. Dialah Allah tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melaikan Dia,Dia mempunyai Asma ul-Husna(nama-nama yang baik)[Taha:8] Rasulullah SWT bersabda: Allah SWT mempunyai 99 nama,kurang 100.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga.Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil [HR Bukhari dan Muslim] Bolehkah kita jatuh cinta dengan orang yang tak pernah kita jumpa,kita jatuh cinta melalui cerita-cerita orang lain tentang dia.Mungkinkah itu terjadi? Kita mungkin akan jatuh cinta dengan seseorang yang belum pernah kita jumpa dan lihat.Percaya? sudah tentu kita akan jatuh cinta atau setidak-tidaknya kita akan menyukai dan menyenangi orang tersebut walaupun kita masih belum mengenalinya dan belum pernah bertemu dengannya tapi disebabkan oleh orang lain yang selalu bercerita tentang kebaikanya,...

Hukum Perempuan Haid Membaca Al-Quran

Bukan tujuanku untuk campur tangan dalam isu furuk tetapi sebagai perkongsian ilmu yang diperolehi.Ini adalah salinan etikel yang ku dapat dari seorang ustaz.ustaz sekolah saya dulu,moga beroleh manfaat.selamat membaca...... Ulama beselisih pendapat tentang hukum perempuan yang sedang dalam keadaan Haid sama ada dibolehkan membaca ayat suci al-Quran atau tidak. PANDANGAN YANG MEMBOLEHKAN (1) Terdapat hadis di dalam Kitab Sahih al-Bukhari yang menyatakan bahawa perempuan yang datang haid boleh membaca al-Quran Maksud hadis:Ketika Aisyah datang haid, dia melakukan semua ibadat kecuali tawaf di baitillah dan tidak melakukan sembahyang. (Darjat hadis sahih al-bukhari:Ulama telah sepakat mengatakan bahawa hadis-hadis yang sahih seperti dalam sahih al-Bukhari(W:256H),sahih al-Muslim(W:261H),al-Muwatta' sahih ibn Huzaimah,sahih Ibn Hibban dan Mukhtarah adalah sebagai hujah dan wajib beramal denganya. (2) Pendapat ulama Fiqh mazahab al-Zahiri seperti Ibn Hazm mengharuskan memb...