Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bila Hidayah Allah Mengetuk Pintu Hati

Kisah Brian Mencari Islam

Imej
“Imam, Imam! Assalamualaikum!” kedengaran suara menjerit dari luar. Siapa pula yang datang ke rumah saya awal-awal pagi ini. Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. “Waalaikum al-Salaam wa Rahmatullah. Sebentar ya”, saya menuju ke pintu. Oh, Hisham rupanya. Dia tersenyum dan ketawa kecil. “Ya Hisham, apa halnya?”, saya bertanya kehairanan.  “Saya tahu Imam tak suka diganggu waktu-waktu begini. Sebab itu saya ketawa.”, kata Hisham. “Oh, tidaklah sampai begitu. Kalau ada keperluan, tak ada masalah. Kenapa kamu ni? Bekalan roti empat segi kamu sudah habiskah?”, saya masih menunggu penjelasan. “Di masjid sana, ada seorang budak Irish mahu berjumpa dengan Imam. Dia nampak cemas dan enggan memberitahu saya apa tujuannya mahu berjumpa dengan Imam.”, kata Hisham. “Kesian kamu. Orang nak jumpa saya, kamu pula yang dikejutkan awal-awal pagi ini”, saya menjawab. “Eh, bila pula saya tidur?”, Hisham menyanggah andaian saya. “Hmm, bukan saya tak kenal kamu, Hisham. Baiklah. Saya datang sekarang”, sa...

Lynete Wehner:Mengajar Di Sekolah Islam Membawa Ke Cahaya Islam

Imej
Begitulah sunnah Allah. Sesiapa yang mencari kebenaran, pasti dia akan menemuinya. Allah tidak mensia-siakan pencarian hambaNya. Lynette Wehner mengakui berada dalam dilema ketika pertama kali mendapatkan tugas mengajar di sebuah sekolah Islam. Wehner lahir dari keluarga Amerika yang menganut agama Kristian Katolik. Kedua mertuanya mengingatkan agar Wehner tidak terpengaruh dengan ajaran Islam bila berkhidmat di sekolah Islam itu."Yang penting, kamu tidak masuk Islam," begitu kata ayah mertuanya. Selama dua hari Wehner merasa gelisah untuk mengambil keputusan apakah ia akan menerima tugas tersebut, apalagi pihak sekolah mewajibkannya mengenakan jilbab waktu mengajar. Jilbab adalah sesuatu yang sangat asing baginya. Tapi akhirnya ia menerima pekerjaan mengajar di sekolah Islam itu dengan pertimbangan bahawa pengalaman mengajarnya yang pertama ini akan menjadi batu loncatan baginya kelak. Hari pertama mengajar, seorang staf di sekolah Islam itu membantunya memakai jilbab di...

Ke Gereja Untuk Ke Masjid

Imej
“ Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah! ” saya melafazkan syahadah. Laura mengulang bilah-bilah kesaksian itu dengan penuh kesungguhan. “Alhamdulillah. Welcome back, sister !”, saya menadah tangan mengucap syukur. Laura menangis. Bukan sedih. Tetapi riak wajahnya menampaknya suatu kelegaan yang besar. Pagi itu Laura telah mengisytiharkan keIslamannya di hadapan saya dan beberapa warga masjid, termasuk beberapa muslimat yang saya jemput untuk meraikan Laura. “ Thank you, Imam. I feel so blessed that no word can describe my feeling right now. I can’t believe that I am now a Muslim. Finally !” kata Laura. Saya sendiri berasa sebak dan terharu. Selepas beberapa kali berutus soal jawab melalui telefon, pagi itu Laura nekad untuk melafazkan syahadahnya. Saya mengalu-alukan ‘kepulangan’ beliau dengan ucapan ‘ Welcome back ‘, kerana mahu mengangkat hakikat yang diterangkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa setiap insan itu dilahirkan fitrah. M...

5 Bulan Menjelang Penikahan,Membawanya Kepada Islam

Imej
Lima bulan sebelum hari pernikahannya, Karen Meek terkejut mendengar pengakuan Eric, tunangannya. Eric mengatakan bahawa ia sudah menjadi seorang Muslim. Pengakuan itu bagai petir di siang hari buat Karen yang seperti warga Rusia lain, tidak menganut agama apapun atau lebih dikenali sebagai ateis. "Saya fikir dia (Eric) sudah mengalami cuci otak. Tiba-tiba saja ia berhenti minum minuman beralkohol. Ia sembahyang lima waktu sehari dan tidak mahu lagi makan daging babi," cerita Karen tentang perubahan perilaku tunangannya. Eric yang dahulunya penganut Kristian Baptis, tapi kemudian menjadi seorang atheis, selama berbulan-bulan mempelajari Islam tanpa memberitahu Karen, hingga akhirnya ia memutuskan menjadi seorang Muslim. Meskipun terkejut, Karen tetap ingin meneruskan rancangan pernikahannya dengan Eric. Karen lalu mencari pelbagai rujukan, bermula dari buku sampai video tentang Islam, untuk memahami agama baru yang dianut calon suaminya. Tapi ia sama sekali tidak berhara...