Isnin, 8 Mei 2017

Harapan Buat Para Pendosa


Dosa


Titik hitam yang mengelapkan hati,terpalit kepada hati manusia yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan ajaran tuhan.

Siapa di dunia ini mahu mendabik dada dia tak berdosa? Siapa yang mengaku, dialah pendosa yang paling tegar. maka buat hati yang tengah sedih mengenangkan dosa, bertaubat dan bersyukurlah hatimu masih mengenal tuhan yang maha berkuasa.Denyut hati masih merasa kita seorang hamba yang diutus ke dunia untuk tunduk dan patuh kepada tuhan yang maha Esa.

Hati itu sifatnya berbolak-balik hari ini kita mungkin ingat larangan dan ancaman tuhan kepada perbuatan dosa, esok mungkin ingat,mungkin tidak dan perjuangan kita adalah untuk taat.

Ingat perjuangan kita adalah untuk TAAT, buat yang gagal untuk taat, jalan taubat masih terbuka luas dari tuhan yang maha kaya lagi maha penerima taubat.jangan sesekali putus asa dalam menjadi hamba yang taat walaupun beribu kali mencuba tapi masih bergeluman dengan dosa.Pintu taubat masih terbuka selagi mana engkau masih diberi nikmat usia.

Jangan merasa gundah(depan manusia) dan putus asa dalam perjuangan menjadi taat kerana kesungguhan itulah yang akan dinilai oleh tuhan dalam menilai kesungguhan seorang hamba untuk taat kepadaNya.