Isnin, 30 September 2013

Keluarlah Dari Kebiasaan


Kita sepatutnya menjadi apa yang sepatutnya kita jadi.Nak jadi apa?  dan mengapa? perlu dijawab berpandukan hati yang tunduk kepada Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Tiap kita mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tak sepi juga dengan kelemahan yang tertentu.Kelemahan yang Allah berikan ada yang bersifat sementara dan ada yang kekal,kadang kala kekurangan itu menjadi kelebihan dalam sesuatu keadaan.Maha Bijaksana Allah yang Maha Mencipta hambaNya.

Yang kuat tak akan selamanya kuat,yang lemah tak selamanya lemah bergitulah putaran kehidupan.

Menghargai dan mensyukuri kelebihan adalah lebih baik dari menangisi kelemahan yang ada.Gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk berkhidmat kepada perkara yang membawa redha Allah kepada kita.

Jadi optimunkan pergunaan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita untuk mendapat redhaNya.Dan cabarannya tidak sedikit,akan ada perasaan yang terusik kerana dalam kehidupan ini kita akan berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang pelbagai untuk menaikkan tahap kemartabatan hidup.Dalam kata lain

NO PAIN NO GAIN

Untuk memoptimunkan kelebihan kita perlu keluar dari kebiasaan.Tekanan perlu diserap dengan positif dan optimis.Perlu berani menghadapi pelbagai kemungkinan dan tidak perlu ambil perduli perkara remeh yang boleh menghilangkan kerjernihan fikiran dan perasaan bila difikirkan.

Keluarlah dari kebiasaan yang tidak produktif,tiap kita diberi kelebihan yang luar biasa.

Wasalam
PUTRAJAYA
selasa 12.40 tng hari

Selasa, 24 September 2013

7 Ciri-ciri Orang Yang Mendapat Hidayah Allah



1.Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.


2.Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.


Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik - derhaka


3.Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

4.Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.




Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".


5.Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.

6.Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

7.Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

Membentuk kecerdasan daripada Al-Quran. m/s : 198.

JELAS BERBEZA


Tak sama orang yang tidak ikhlas beribadah kepada Allah dengan orang yang ikhlas beribadah tetapi diganggu oleh tujuan-tujuan duniawi yang memancing-mancing di lubuk hatinya, lalu mengeruhkan kejernihan ikhlasnya.


Yang pertama adalah golongan munafik. Mereka rosak kerana akidah yang tidak benar lalu mereka melakukan ibadah hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, bukan kepada Allah.



Yang kedua adalah awam muslimin, bahkan orang alim juga. Mereka BERMULA dengan niat yang ikhlas dalam ibadah dan amal taat mereka kepada Allah. Tetapi syaitan mengganggu di perjalanan dengan tawaran dan habuan duniawi yang palsu, lalu ramai yang terpedaya dan menyebabkan kekeruhan dalam keikhlasan AWAL mereka.

Allah menolak ibadah orang munafik. Maka ibadah dan amal taat mereka menjadi sia-sia.

Adapun muslim yang ikhlas, tahap MAKBUL ibadah mereka adalah bergantung kepada TAHAP MANA mereka mampu menjaga keikhlasan mereka daripada dicemari tipu daya syaitan. 

Maka berbezalah ibadah orang jahil berbanding ibadah orang alim. Berbezalah ibadah orang yang bertaqwa dengan ibadah orang yang fasiq. Berbezalah juga ibadah orang yang teliti dan khusyuk berbanding ibadah orang yang lalai dan bermain-main.

Begitulah perlumbaan umat manusia menuju ridha Allah. Allah mengeluarkan orang-orang yang kafir dan munafik daripada perlumbaan. Manakala awam muslimin, walaupun penuh kelemahan, rahmat Allah sentiasa luas buat mereka.

Apapun, kemenangan adalah tetap menjadi habuan dan milik orang-orang yang berilmu dan bertaqwa.

Tahukah kalian aduhai teman yang budiman, sesungguhnya Allah tidak pernah menutup pintu ilmu dan taqwa daripada setiap kita.

Maka muliakanlah diri dengan ilmu, iman dan taqwa. Kemenangan akan menjadi milik kita bersama, insya Allah.


Allahu akbar wa lillahil hamd.

Petikan dari facebook Nik Mohamad Abduh