Back To Basic: Asma ul-Husna Kisah Cinta Seorang Hamba

Bismillahirahmanirahim.........

Salah satu cara untuk kita mengenal Allah SWT adalah dengan membaca,mengkaji,menghayati dan mengingat nama-nama Allah serta beramal dengannya.

Dialah Allah tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melaikan Dia,Dia mempunyai Asma ul-Husna(nama-nama yang baik)[Taha:8]

Rasulullah SWT bersabda:

Allah SWT mempunyai 99 nama,kurang 100.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga.Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil [HR Bukhari dan Muslim]

Bolehkah kita jatuh cinta dengan orang yang tak pernah kita jumpa,kita jatuh cinta melalui cerita-cerita orang lain tentang dia.Mungkinkah itu terjadi?

Kita mungkin akan jatuh cinta dengan seseorang yang belum pernah kita jumpa dan lihat.Percaya? sudah tentu kita akan jatuh cinta atau setidak-tidaknya kita akan menyukai dan menyenangi orang tersebut walaupun kita masih belum mengenalinya dan belum pernah bertemu dengannya tapi disebabkan oleh orang lain yang selalu bercerita tentang kebaikanya,ketegasanya dan apa saja tentangnya.Walaupun ada yang kata dari mata jatuh ke hati tapi dari telinga juga boleh jatuh ke hati.Malah mungkin lebih dalam dari melihat dengan mata.

Jadi bagaimana untuk membuat diri kita jatuh cinta walaupun kita tak pernah berjumpa atau melihat dia?

Mestilah dengan mencari bukan?mencari untuk mengetahui,mencari untuk mengenali,mencari untuk mencintai.cinta takkan datang jika tak dicari

Fuhh.....fuhhh ayaaaaat,cinta takkan datang jika tak dicari macam iklan kat TV je.....kita sambung sikit lagi lah dail 44342 dapatkan tip-tip ayat-ayat cinta buat yang tersayang....

Wah,jiwang bunyinya namun sebenarnya saya tak bercakap tentang mencari cinta manusia,saya sedang memperkatakan tentang cinta Allah dan Rasul.tapi entri ni fokus kepada mencari cinta Allah.Walaupun kita perlu berfikir dalam pelbagai dimensi namun kali ni fokus pada cinta sang pencipta saja.

Jadi bagaimana kita ingin mencari cinta Allah ini,untuk jatuh cinta dengan seseorang kita perlulah tahu sedikit sebanyak tentang seseorang tu kan.kita mesti nak tahu sikap dia macam mana,hensem ke tidak,nama apa,tinggal kat mana dan macam-macam lagi kan.Yang paling penting Akhlaklahkan(sifat)...isk2 menyelik jugak.

Mahu mencari cinta Allah tak seperti mencari cinta makhluk,Jadi kita  kena kenal Allah dulu.bagaimana nak kenal? salah satunya dengan mengenal nama-nama Allah yang juga mengambarkan sifat-sifat Allah.Ada 99 kesemuanya.

Jadi......semat ayat ini dalam diri

Saya MESTI berusaha mengetahui dan memahami nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi kemuliaan-Nya

ok,setakap ini saja dulu...insyaAllah entri akan datang akan memperkatakan tentang nama-nama Allah ini satu persatu di bawah label fardu ain.

Mencari dan terus mencari,jangan cepat engkau merasa pandai......jika begitu percayalah engkau sudah tertipu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia