Baja Mujahadah


Mujahadah  adalah Berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

Nabi bersabda "seorang mujahid(iaitu orang yang berjihad) ialah yang melawan nafsunya kerana Allah.

Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara (Said Hawa ; Al-Asas fit tafsir)

Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang itu akan mengutamakan perkara yang di cintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu dan peribadi,sama ada dalam aspek zahir atau batin(Iman Al-Ghazali:Ihya Ulumuddin)

seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.....Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat.

Jika cintamu! benar,kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu(Abdullah Ibn Mubarak)

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada hari akhirat serta hari pembalasan.Inilah kekuatan yang ada pada umat islam.Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi.

Salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah,rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang (Denis Waitley:empries of mind).

Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang.Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagian masa depan ialah 

Aku(Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengari oleh telinga dan tak pernah di rasai oleh hati manusia(Hadis Qudsi:Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa,takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah.Justeru mujahadah melawan nafsu adalah titik permulaan kepada takwa(Said Hawa:Al-Asas Fit Tafsir)

Amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah,bacaan Al-Quran,solat dan zikir.Nabi ketika ditanya jalan mencapai syurga telah menjawab:

Bantulah diri kamu dengan banyak bersujud,banyak bersujud bererti banyak solat dan bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca a-Quran.

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasrkan firmanNya:

Mereka yang bermujahadah(yakni berjuang bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami(Al-Ankabut)

Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui,mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui(Iman Ad-Darani)

Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal (Fudail Iyad)

Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat,Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keiklasan (Junaid Al-Baghdadi)

Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan,Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran (Sahabat Abdullah ibni Abbas)
Kredit:Dr. Danial B Zainal Abidin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia