Aku Mahu Sihat


Nikmat kesihatan tidak akan dirasai selagi kita tidak diuji dengan ketidaksihatan dan penyakit-penyakit yang tak terduga.Terutamanya kepada orang-orang yang tidak mengambil pelajaran dengan musibah penyakit yang diujikan oleh Allah kepada orang-orang disekeliling kita.

Disaat usia yang makin meningkat ini,tahap kecergasan semakin menunjukkan pengurangan yang memberi peringatan kepada saya tentang persiapan saya untuk berpindah ke alam yang dijanjikan kepada setiap yang bernyawa.

"setiap yang bernyawa akan merasai kematiaan"

Kesihatan antara perkara yang bermain di pemikiran saya kerana saya mahu sihat untuk beribadah,walaupun diri ini tidak diuji dengan penyakit yang kronik hanya sekadar masalah kesihatan yang biasa.Menemukan saya dengan nikmat sihat dan ibadah diwaktu umur yang semakin meningkat tua ini.

Orang-orang disekelilingku yang diuji penyakit kronik yang serius yang tiba-tiba,tidak disedari oleh empunya badan.membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan.Supaya diriku yang tidak seberapa ini mampu menyumbangkan sesuatu kepada ummah biarpun ia hanya sekadar sebelah buah kurma.

Jadi,kesihatan bukan perkara yang boleh di pandang remeh dan diambil mudah.Menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk beribadah kepada Allah adalah satu ibadah disisi Allah.

Jagalah kesihatan,ikutlah panduan hidup Rasul kita Muhammad SAW......

Ps:catatan pendek utk kembali bertatih,moga ada manfaat


Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia