Optimis dengan melihat ciptaan Allah


Lihatlah olehmu akan ciptaan Tuhanmu,moga engkau orang2 yang beruntung.Allah memberi kita 2 bijik mata untuk melihat,nak lihat apa tepulanglah pada diri kita,nk lihat  yg baik atau yg buruk.semuanya bergantung kepada diri kita kerana Allah telah memberi kita akal dan hati untuk membuat pilihan kearah kebaikan atau keburukkan.

Jd Ambo nak ajak sahabat2 semua melihat ciptaan Allah untuk membentuk dan mengekalkan prinsip optimis dalam diri.







sepoi bayu dimalam hari,
gelap langit disinari bintang
lelah dengan keletah hati
entah apa yang dicari
minda menerawang entah kemana
mata dipejam,lena tak mahu


tubuh letih pinta dibelai
namun lena tetap tak kunjung tiba
angkara hati tak henti berseloka
minda berpadu,tubuh senggsara


badan longlai mengamit tingkat
jendela terbuka,langit dilihat
Al-Khalid diseru memohon berkat
Oh Tuhan indahnya ciptaanMu


Sahabat lihatlah olehmu alam ciptaan Allah ini,moga hidayahNya sentiasa bersama kita......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia