Detik Ramadhan Kian Berlalu


Pejam celik,pejam celik hari ini dah 9 Ramadhan ya teman-teman,macam mana ramadhan kita semua?

ok? 

biasa-biasa je?

hambar?

ahh....sngt teruk?(ada ke? harap-harap  takde)

alhamdulillah baik-baik je? atau ada yang nak kata owh,sangat bagus?

Apa-apa pun alhamdulillah kita masih diberi nikmat usia untuk berada di bulan yang penuh barakah ini.

Bulan yang penuh barakah ini adalah bulan untuk kita melatih disiplin diri kita kearah yang lebih baik.Bangun seawal pagi untuk bersahur.

Sangatlah rugi bagi orang-orang yang tidak gemar untuk bangun bersahur.waktu sahur adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa kerana antara waktu yang sangat mustajab untuk berdoa adalah 10 minit sebelum berbuka puasa dan juga waktu sahur.

Waktu sahur sebenarnya bukan hanya sekadar untuk bangun makan pada pagi hari bagi megelakkan terasa terlalu lapar pada waktu siang tetapi memberi banyak lagi kebaikan untuk jasmani dan Rohani kita.

Jadi ayuh teman-teman gunakan bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik-baiknya.Bangun seawal pagi,beribadat kepada Allah berdoa,baca al-Quran serta bersahurlah sebaik mungkin.

Dan elakkan tidur selepas bersahur.

Wasalam......

18/07/2013
Putrajaya




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia