Optimislah Dengan Kehidupanmu


Sikap optimis perlu ada pada setiap orang.sikap ini perlu dibaja agar sentiasa subur,bagi memastikan kehidupan kita sentiasa dalam keadaan yang bahagia,aman dan harmoni.Bagaimanakah dikatakan sikap optimis.

Ciri-ciri manusia optimis
1)Bercakap berkenaan apa yang ada

2)Sentiasa bersemangat dan penuh bertenaga.

3)Sentiasa menerima pujian dengan bersyukur kepada Allah.

4)Gembira,syukur dan berterima kasih kepada semua orang yang memberi pertolongan kepadanya.

5)Bersedia berhadapan dengan masalah,bukan melarikan diri daripadanya.

6)Menerima sebarang masalah sebagai satu cabaran untuk menyelsaikannya dengan cara terbaik dan penuh kematangan.

7)Tidak rasa terbeban dengan tugas atau amanah yang perlu digalas,malah ia dipikul dengan penuh tangungjawab

8)Sentiasa bersangka baik

9)Melihat sesuatu perkara di sudut yang positif

10)Yakin dengan diri sendiri

11)Tidak mudah menyerah kalah dan putus asa terhadap sesuatu perkara.

12)Peka dengan perasaan orang lain.

13)Sentiasa berdoa dan berharap kepada Allah.

Daripada Wathilah b al-Asqa’,ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah swt berfirman “Aku tergantung kepada prasangka hambaKu kepadaKu.Apabila ia berprasangka baik kepadaKu,maka kebaikan kepadanya,dan apabila ia berprasangka buruk maka keburukkan kepadanya” (Riwayat Ahmad dengan sanad hasan)

Kelebihan bersikap optimis

1)Panjang umur

2)Jarang menghidap penyakit

3)Cepat sembuh sekiranya sakit

4)Kurang mengalami tekanan

5)Disenangi oleh masyarakat.

6)Matang untuk bertindak sehingga memberi kebaikan kepada masyarakat dan orang sekeliling.


Nabi Muhammad saw inilah satu-satunya ikon terhebat sebagai sumber inspirasi untuk sentiasa optimis.
Ranjau yang dihadapi oleh rasulullah dalam misi menyebarkan dakwah adalah sangat banyak dan mencabar,namun baginda dapat melaluinya dengan semangat yang kentar tanpa sebararang rasa untuk berputus asa.Bagaimanakah baginda mendapat sumber kekuatan untuk sentiasa optimis dalam meyebarkan dakwah walaupun di tentang hebat?

Sumber kekuatannya adalah wahyu dari Allah(al-Quran),kisah-kisah yang ada di dalam al-Quran menjadi sumber inspirasi kepada banginda untuk sentiasa bersikap optimis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia