Terlambat




Terlambat satu istilah biasa bagi kehidupan manusia yang tiada displin,malah terlambat dianggap perkara biasa bagi sesetengah orang,adakah terlalu kasar untuk saya mengatakan begitu?lambat terhasil dari sikap yang tiada disiplin dan tidak ada kesedaran kepada kepentingan sesuatu perkara yang menyebabkan kita agak ketinggalan berbanding dengan orang lain.

Saya tidak mahu berbincang soal terlambat sebenarnya tetapi saya ingin berkongsi sebahagian kecil kesan daripada telambat.Terlambat memberi kesan psikologi yang tidak sedikit kepada seseorang individu seperti perasaan rendah diri dan berputus asa dalam kehidupan apabila ia menyedari akan "keterlambatan" dirinya.


Visual yang mungkin terbayang di pemikiran kita bila berbicara soal terlambat adalah terlambat pergi pejabat,terlambat pergi sekolah, terlambat masuk mesyuarat,terlambat makan dan lain-lain dan ramai yang lupa yang kita terlambat dalam beramal dan menuntut ilmu pengetuan agama.Umur sudah menjegah usia separuh abad baca Quran masih tergagap-gagap,hukum hakam agama tebarai dan asas fardu ain pun longlai.








Dalam kehidupan seorang muslim sebenarnya tiada erti terlambat sebagaimana nabi pernah bersabda jika esok dikatakan kiamat dan di tanganmu ada benih maka tanamlah.Hadis ini menceritakan tentang tiada erti terlambat dalam kehidupan muslim.Umur yang semakin bertambah adakalnya menghasilkan rasa kesal dan gundah kita tentang kelalaian kita pada masa lalu yang mungkin menimbulkan rasa berputus asa anda untuk melakukan sesuatu.

Ada pepatah mengatakan peningkatan umur tidak menjadikan kita tua tetapi yang menjadikan kita tua adalah tiadanya keinginan kita dalam melakukan sesuatu perkara.Jangan peduli berapa umur kita sekarang teruslah melakukkan kebaikan yang kita ingin lakukan mengikut impian dan kemampuan yang kita mililki.

Sebagai seorang muslim kita ada tatacara,garis panduan dalam memandu kehidupan kita dalam segenap aspek kehidupan kita.

Persoalan yang perlu kita lakukan adalah mengenal pasti apa yang kita mahu dalam kehidupan ini.Katakanlah apa yang kita mahu adalah menjadi seorang yang berilmu.persoalannya bagaimana jalan mencapai ilmu itu dan apa yang kita perlu lakukan dalam mengampai impian kita itu.Kejalarlah impian kita itu insyaAllah Allah akan memberi pertolongan kepada kita, jika kita betul-betul berusaha.

WaAllahualam......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia