Sebelum Usia 40



Diusia yang makin meningkat,emosi adakalanya tidak menentu,pemikiran menerawan entah kemana.kadang-kadang sukar difahami apa yang difikirkan.

Di usia yang sangat berharga ini zaman muda remaja,dimana sosok tubuh yang masih gagah belari,aqal yang masih kuat berfikir dan berimiginasi.

Tubuh leleh tiba-tiba tersandar lemah ke permukaan empuk sofa.Hati kecil bertanya siapa aku ini?Jika aku dijemput tuhan,bersediakah aku,terlalu kurang amalku,telalu dikit amalanku.

Taman-taman syurga di dunia dipenuhi oleh warga tua yang membuat persediaan untuk mati.Aku anak muda mula bertanya Apakah ilmu dipelajari untuk mati?Apakah agama ini hanya mengajar solat,puasa,zakat,haji dan baca Quran untuk dapat pahala?

Ustaz kata, islam itu cara hidup,islam agama yang memandu penganutnya bagaimana untuk menjalani kehidupan seharian.Dari kita lahir ke dunia sampailah kita dikebumikan di dalam kubur semuanya ada tatacara,ada pahala ada dosa.

Ilmu itu perlu dipelajari sejak dari usia muda bukan menunggu tua baru mencari ilmu sebagai persediaan untuk mati.Tetapi ilmu perlu dicari di usia muda sampai hujung usia.selagi masih bernyawa jangan sesekali berhenti mencari ilmu.

Ilmu dipelajari untuk beramal di dunia ini sebagai persediaan untuk berpindah ke dunia lain yang dinamakan alam barzakh,padang masyar dan syurga mahupun neraka.

Mengapa ya?

Hari-hari dalam hidup kita ada nilai disisi tuhan,ada pahala ada dosa.Ilmu itu perlukan praktikal  bukan sekadar tahu,tapi perlu dipraktiskan dalam kehidupan barulah ia bermakna dan memberi ganjaran yang besar.

Ilmu dipelajari dapat pahala tapi tidak diamalkan dapat dosa.Mungkin ada yang akan kata "kalau macam tu,jangan belajarlah.kalau tahu, tak beramal berdosa" sengaja tak mahu mempelajari dan melakukan kesalahan adalah berdosa.

Ilmu yang tidak diamalkan bermaksud,dia tahu perkara itu haram tapi dia buat jugak.dia tahu mendedah aurat berdosa dia dedah jugak,dia tahu tinggal solat berdosa besar tapi tinggal jugak,dia tahu rasuah itu haram,ambil jugak,dia tahu berbohong itu berdosa,dia bohong jugak,dia tahu mengumpat dosa,dia ngumpat jugak.Itu bagi perkara jelas,contoh lagi riba,makan riba dosa.nak kenal riba tu macam mana, kena belajarlah,bila dah belajar ambil lagi maknanya tak praktik ilmulah tu.

"jauh temenung"

"hah!,terkejut aku"

Bersambung..........




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia