Ada Apa Dengan Angka 40 (MPK:MO)

Umur 40 adalah angka kemantangan
Seseorang yang mencapai umur 40 tahun dianggap sudah matang dengan pelbagai pengalaman hidup.Jadi sesiapa selepas angka ini masih lagi belum ada perubahan kemungkinan untuk berubah adalah sangat sukar.Jadi sebelum angka 40 buatlah sesuatu yang boleh memberi impak yang positif kepada diri kita bukan hanya untuk hal keduniaan tapi akhirat juga.

Angka 40 juga dikaitkan dengan angka perjuangan
Bila kita memulakan sesuatu perancangan 40 hari yang pertama memang sesuatu yang mencabar,jadi angka 40 boleh dikatakan sebagai 40 hari perjuangan apabila kita dapat melaluinya dengan baik.InsyaAllah kita mampu untuk istiqomah sampai bila2.Modul ini juga mengunakan aplikasi 40 hari untuk mengamalkan sesuatu amalan yang ingin kita amalkan dalam kehidupan.

Nabi S.A.W diangkat menjadi rasul semasa berumur 40 tahun
Kisah hidup Rasulullah sebelum diangkat menjadi rasul sudah kita ketahui,Beliau sangat disenangi oleh masyakat Makkah dengan sikapnya jujur,amanah sehingga digelar sebagai Al-amin.Beliau juga seorang yang sangat rajin,suka membantu orang susah dan sudah hidup berdikari sejak kecil lagi.Selepas di angkat menjadi rasul banyak halangan dan dugaan yang dihadapi oleh Rasulullah dalam mengembangkan dakwah islam di muka bumi Allah ini.Hasilnya lahirlah sahabat-sahabat yang hebat yang menyebarkan islam ke seluruh dunia yang membolehkan kita juga turut merasai nikmatnya hidup sebagai umat islam.

Siti Khadijah R.A berkahwin dengan rasulullah semasa umur 40 tahun
Inilah yang dinamakan angka 40, angka tuah,Siti Khadijah telah mengawini seorang lelaki terpuji iaitu kekasih Allah Muhammad S.A.W di usia 40.Memiliki teman hidup yang soleh/solehah idaman setiap insan.Memilikinya bermakna memiliki syurga dunia.Namun jangan hanya mencari tapi berusahalah untuk menjadi,moga modul ini dapat membantu kearah menjadi dan mencari.walaubgaimanapun janganlah umur 40 baru nak kawen tau,nabi kita kawin awal pada umur 25.mentang2 angka 40 angka tuah,umur 40 baru nak kawen saya tak bertangungjawab tau. Saya nak kawen awal Haha….

Org tua2 kata kalau kita mahu hafal sesuatu hafazlah sebnyk 40x insyaallah kita akn mengingatnya dalam tempoh yg lama,begitu juga dng amalan dilakukan selama 40 hari berturut-turut,insyaAllah kita mampu istiqomah…..

Sesebuah jemaah solat jumaat perlu cukup 40 orang baru sah solat jumaat yang terdiri daripada 40 orang penduduk tetap.

Peringkat kejadian manusia juga berkait dengan angka 40.
“Sesungguhnya salah seorang di antara kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam rahim ibunya dalam bentuk (nuthfah) selama 40 hari.Kemudian bertukar menjadi seketul darah (alaqah) selama 40  hari.Selepas itu ia bertukar menjadi daging (mudghah) selama 40 hari.Kemudian diutuskan malaikat kepadanya dan ditiupkan roh ke dalamnya.(Bukhari dan Muslim)

 P/s:ini hanyalah draf semata-mata bukan lagi modul yg sebenar,dipertontonkan kpd anda untuk mendapat sebarang kritikan dan cadangan utk penambah baikan.unsur lawak serius tu saja2 je :))

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

9 Nikmat Anugerah Allah Kepada Manusia