Terima Kasih Allah


Tika masalah merenggut datang,ketika itu kita bermuhasabah kesilapan,terfikir mencari jalan penyelsaian.Allahlah menjadi tempat dambaan untuk memohon petunjuk dan jalan penyelsaian.

Disaat masalah bagaikan tiada jalan penyelsaian dikurniakan Tuhan kedamaian dan ketenteraman jiwa yang menyatakan kita manusia biasa yang mana mungkin sempurna.

Namun harus berusaha untuk melakukan seperti perintah Tuhan.Berjaya atau tidak bukan tujuan,namun usaha yang ikhlas untuk mengharapkan keredhaan Tuhan itulah kejayaan.

Jika tidak mampu berbuat baik maka jangan berbuat jahat.

................

Akhirnya kita tertunduk,memaksa hati yang keras untuk memohon pertolongan Tuhan bila musibah atau masalah melanda.

Bergitulah kisah manusia sering lupa dan lalai bila bahagia mewarnai kehidupannya.

Namun rasa syukur tetap perlu ada kerana denyut iman kepada Allah masih ada,cuma ketololan diri menyebabkan diri lupa dan alpa.

Begitulah kasih tuhan,menghantar musibah dan masalah untuk memalingkan kembali hambaNya kepadaNya.Tidak dibiarkan terus hanyut dengan arus kealpaan duniawi.




Terima Kasih TUHAN

24/7/2013
11.30 PAGI
PUTRAJAYA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat