Bila Engkau Beri Nasihat


Nasihat umpama ubat diwaktu sakit,umpama air di waktu haus,umpama multivitamin yang menambahkah kecergasan.Namun jika tidak kena cara memberi tidak membawa apa-apa makna umpama mencurahkan air ke daun keladi.Umpama minum air laut disaat kehausan.

Ciri-ciri nasihat yang baik dan berkesan


  1. Memberi manfaat kepada agama dan dunia.
  2. Menggunakan lafaz yang paling tepat
  3. Fasih dalam penyapaian dan indah pula didengari
  4. Ada tajuk tertentu,bukan berleter atau membebel.
  5. Tidak terlalu panjang tetapi ringkas dan padat supaya pendengar tidak hilang fokus.
  6. Memilih waktu yang sesuai untuk menasihati.
  7. Memilih gaya percakapan dan intonasi alunan suara yang sesuai.
Rasulullah SAW ketika memberi peingatan berubah keadaannya.

Jabir bin Abdullah r.a telah berkata,

Rasulullah SAW apabila berkhutbah dan menyebut tentang kiamat,kemarahannya bersangatan,suaranya keras dan matanya kemerahan seolah-olah Baginda adalah komandan tentera.



25/7/2013
4.50 petang
putrajaya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat