Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel corat-corek

Anjuran Pergaulan Dalam Islam

Imej
Bolehkah kita hidup bersendirian dalam dunia ini? Secara fitrahnya perlukah manusia kepada persahabatan?saya yakin semua orang akan menjawab ya. Dalam kehidupan harian kita berdepan dengan pelbagai kerenah manusia,yang adakalanya kerenah-kerenah mereka menguji kesabaran kita,membuat perasaan kita kucar-kacir bercampur baur diantara marah,geram,rasa bersalah,rendah diri dan macam-macam lagi.Namun adakah kerana kerenah manusia ini pelbagai,kita perlu mengelak atau menolak untuk bergaul dengan orang ramai? Bukankah islam agama yang menganjurkan persatuan dan kemesraan.Islam menggalakkan kita bergaul,berkenal-kenalan diantara satu sama lain.kita dapati banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengalakkan kita bergaul untuk mengerakkan silatulrahim. Salah satu hadis nabi s.a.w yang berbunyi mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan tahan menangung telatah-telatah mereka yang menyakitinya,adalah lebih baik dari mukmin yang tak bergaul dengan orang ramai dan tidak ...

Optimislah Dengan Kehidupanmu

Imej
Sikap optimis perlu ada pada setiap orang.sikap ini perlu dibaja agar sentiasa subur,bagi memastikan kehidupan kita sentiasa dalam keadaan yang bahagia,aman dan harmoni.Bagaimanakah dikatakan sikap optimis. Ciri-ciri manusia optimis 1)Bercakap berkenaan apa yang ada 2)Sentiasa bersemangat dan penuh bertenaga. 3)Sentiasa menerima pujian dengan bersyukur kepada Allah. 4)Gembira,syukur dan berterima kasih kepada semua orang yang memberi pertolongan kepadanya. 5)Bersedia berhadapan dengan masalah,bukan melarikan diri daripadanya. 6)Menerima sebarang masalah sebagai satu cabaran untuk menyelsaikannya dengan cara terbaik dan penuh kematangan. 7)Tidak rasa terbeban dengan tugas atau amanah yang perlu digalas,malah ia dipikul dengan penuh tangungjawab 8)Sentiasa bersangka baik 9)Melihat sesuatu perkara di sudut yang positif 10)Yakin dengan diri sendiri 11)Tidak mudah menyerah kalah dan putus asa terhadap sesuatu perkara...

Optimis Untuk Berubah (Part 1)

Imej
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra’d:11) Siapa dalam dunia ini tidak pernah terlitas dalam sakilah hatinya untuk berubah,adakah? Saya yakin dan percaya semua orang ingin berubah. Cuma yang membezakan diantara mereka adalah orang berjaya membuat perubahan dan orang yang hanya berangan-angan untuk membuat perubahan namun tidak pernah berusaha untuk berubah hasilnya tiada perubahan yang positif berlaku dalam hidupnya. saya katakan tiada perubahan positif kerana manusia tetap akan berubah walaupun ia tidak pernah berusaha untuk berubah kerana suasana akan merubah mereka.Mahu tidak mahu,perubahan tetap berlaku, Dan orang yang ingin berubah tetapi tiada kekuatan untuk berubah.  Eh,berubahkah orang yang tidak berusaha untuk berubah? Orang yang tak ingin berubah adakalanya mereka tidak sedar ada perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka,perubahan yang bagaimana agakny...

Mahu Berubah

Imej
Memperkatakan tentang perubahan bukanlah satu perkara yang payah.Bergitu mudah untuk memperkatakannya tetapi bagaimana dengan praktikalnya,adakah ia juga mudah? tapi walau bagaimanapun kehidupan manusia memerlukan perubahan dari semasa ke semasa, dari buruk ke baik, dari baik kepada lebih baik. Orang yang hidupnya tiada sebarang perubahan,tidak berubah sebenarnya atau boleh dikatakan sebagai bangkai bernyawa.kasar bunyinya tapi benarkan...ke tak betul?Orang yang hidupnya hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung dan orang yang hidupnya hari ini lebih buruk dari semalam adalah celaka. macam selalu dengar je ayat tu kan. Tapi sejauh mana kita menghayatinya? Mudahkah mahu berubah? Jawapanya bukan mudah atau tak mudah tapi mahu atau tak mahu sebenarnya.Memang tak dinafikan untuk berubah bukan mudah.Perubahan memerlukan pengetahuan(tahu apa yang kita mahu),kemahuan yang bersungguh-sungguh bagi menwujudkan kemampuan untuk berubah.Perubahan mesti lahir dari hati bukan ...