Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ibrah dari Sirah

Kekuatan Doa Di Balik Syukur

Imej
Dikisahkan  ketika Rasulullah bersama Abu Bakar as-Siddiq berhijrah ke Madinah,Tiada siapa pun yang tahu selok-belok perjalanan baginda.Ini disebabkan ingin memastikan keselamatan baginda .ketika kaum musyrikin berusaha untuk membunuhnya.Pengembaraan hijrah Rasulullah saw dan Abu Bakar hanya di ketahui oleh Asma' anak perempuan Abu Bakar As-Siddiq. Hanya Asma, sahaja yang mengetahui tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Abu Bakar.Asma' berulang-alik ke tempat persembunyian tersebut untuk menghantar bekalan makanan. Dalam diam-diam,Abu Jahal telah menghidu pergerakkan Asma'.Beliau kemudian berjumpa dengan Asma' dan bertanya "Di mana,bapamu sedang bersembunyi?" Asma' tidak menjawab sepatah perkataan pun melainkan sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya memberi isyarat bahawa dia tidak mengetahuinya. Tindakkan Asma' itu telah menimbulkan kemarahan Abu Jahal,Abu Jahal tahu Asma' berbohong kepadanya apabila menggeleng-geleng kepala apabila di tanya...