Kekuatan Doa Di Balik Syukur

Dikisahkan  ketika Rasulullah bersama Abu Bakar as-Siddiq berhijrah ke Madinah,Tiada siapa pun yang tahu selok-belok perjalanan baginda.Ini disebabkan ingin memastikan keselamatan baginda .ketika kaum musyrikin berusaha untuk membunuhnya.Pengembaraan hijrah Rasulullah saw dan Abu Bakar hanya di ketahui oleh Asma' anak perempuan Abu Bakar As-Siddiq.

Hanya Asma, sahaja yang mengetahui tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Abu Bakar.Asma' berulang-alik ke tempat persembunyian tersebut untuk menghantar bekalan makanan.

Dalam diam-diam,Abu Jahal telah menghidu pergerakkan Asma'.Beliau kemudian berjumpa dengan Asma' dan bertanya "Di mana,bapamu sedang bersembunyi?"

Asma' tidak menjawab sepatah perkataan pun melainkan sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya memberi isyarat bahawa dia tidak mengetahuinya.

Tindakkan Asma' itu telah menimbulkan kemarahan Abu Jahal,Abu Jahal tahu Asma' berbohong kepadanya apabila menggeleng-geleng kepala apabila di tanya.Kemarahan yang tidak terbendung menyebabkan Abu Jahal menampar muka Asma' sehingga anting-anting Asma' terputus dan bibirnya berdarah.

Ketika Abu Jahal menampar Asma',Abu Sufyan ada bersamanya.Apabila beliau melihat tindakkan kasar Abu Jahal.Hatinya merasa hiba dan memujuk Abu Jahal agar tidak diulangi  buat kali kedua.

Kemarahan Abu Jahal pada mulanya tidak dapat diredakan oleh pujukkan Abu Sufyan,Abu Jahal tetap berkeras mahu menampar Asma' tetapi ditenangkan oleh Abu Sufyan.Akhirnya, Abu Jahal akur dengan pujukkan Abu Sufyan.

Insiden tersebut,telah sampai ke pengetahuan Abu Bakar,menyebabkan Abu Bakar berdoa"Ya Allah,jadikanlah itu sebagai khazanah kebaikan bagi Abu Sufyan"

Berkat doa Abu Bakar As-Siddiq,20 tahun kemudian,Abu Sufyan telah memeluk islam.Seterusnya menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang hebat dalam perjuangan memertabatkan islam.Tindakkan Abu Sufyan ternyata merupakan tamparan hebat kepada kaum kafir Quraisy.Lantaran sebelum ini,Abu Sufyan tergolong di antara mereka yang paling keras menentang usaha dakwah Rasulullah SAW menyebarkan islam kepada kaumnya.

Kisah berakhir di sini.Jadi apa pengajaran yang dapat di kutip dari sirah ini......ceh,macam soalan sastera masa tingkatan 5 dulu la plak nak kena cari pengajaran di sebalik cerita.........................apa-apa pun layaaaaaaaaaaaaaaan,opps, tunggu sekejap kita tengok gambar ni dulu untuk rehatkan minda sekejap sebelum meneruskan bahan bacaan.

Aik......apa kena-mengena gambar ini dengan sirah diatas pulak?tak sesuailah............

Hehehe.....comel tak budak ni? comelkan?:)) memang takde kena-mengena pun.Saje je sebab dengan melihat wajah yang masih lagi belum terpalit dengan sebarang dosa ni. Jiwa jadi tenang dan tenteram.InsyaAllah.Hebatkan ciptaan Allah ni,puji Allah sikit.Subhanallah.............ok, kita sambung topik kita.

Dari kisah tadi kita dapati beberapa pengajaran/ibrah yang boleh diambil:

DOA

Doa saidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Abu Sufyan telah dimakbulkan oleh Allah.Kita boleh melihat aspek ini (doa) dalam 2 sudut:

Pertama,Doa yang dibacakan(berdoa) tanpa pengetahuan tuanya lebih mustajab dan akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan yang di doakan adalah doanya dikabulkan.Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya.Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,maka malaikat tersebut berkata amin dan engkau pun mendapat apa yang ia dapat(Sahih Muslim)

Kedua,Setiap doa yang dilafazkan akan dikabulkan walaupun mungkin mengambil masa yang lama.Ini kerana Allah tahu apa yang terbaik bagi hambaNya,Allah memakbulkan doa yang di pinta tepat pada masanya.Dalam sirah ini doa Abu Bakar di kabulkan setelah 20 tahun berlalu.Dimana setelah 20 tahun Abu Sufyan memeluk islam dan menjadi salah seorang sahabat rasulullah yang kuat menyebarkan dakwah islam yang memberi tamparan hebat kepada kaum kafir Quraisy.

Jadi, kita janganlah berputus asa untuk bermohon kepada Allah walaupun doa kita seolah-olah tidak dimakbulkan,sebenarnya mungkin Allah menyimpan dahulu permohonan kita itu untuk dimakbulkan pada masa yang lebih sesuai dan tepat kepada kita.ataupun kemungkinan yang berlaku ,kita tidak sedar sebenarnya Allah sudah memakbulkan doa kita kerana kealpaan dan kelalaian.Walaubagaimanapun setiap doa yang di pinta insyaAllah akan dimakbulkan kalau tidak di dunia insyaAllah diakhirat.

Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu(Al-Ghafir:60)

HIDAYAH ALLAH SWT

Bila Allah ingin memberi hidayah kepada seseorang tiada siapa pun dapat menghalangnya.Mungkin dengan hanya sedikit kebaikan boleh menjadi penyebab kepada Allah memberi hidayah kepada seseorang itu.Subhanallah,bertapa luasnya rahmat dan kekuasaan Allah bukan? dengan hanya sedikit kebaikan Allah memberi hidayah petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya.

Abu Sufyan yang dulunya seorang yang begitu kuat menentang dakwah rasulullah dengan hanya sedikit kebaikan yang terlintas dihatinya dan tindakkanya menghalang Abu Jahal memukul Asma' untuk kali ke-2 telah menjadi salah satu asbab kepada dia mendapat hidayah dari Allah.

Jadi kita jangan sesekali memandang rendah kepada orang lain.Walaupun ia mungkin jahat pada pandangan kita, kerana mungkin suatu hari nanti Allah memberi dia hidayah walaupun mungkin dengan  hanya kebaikan yang sedikit mereka lakukan.Jadi,Siapa kita untuk menghukum orang lain?

Jadi tugas kita apabila melihat seseorang yang membuat kebaikan atau kejahatan hendaklah kita mendoakan mereka supaya diberi hidayah oleh Allah.Moga dengan cara ini hidayah Allah juga terus bersama kita.

Pada masa yang sama kita hendaklah sentiasa mendorong diri kita untuk melakukan kebaikan walaupun sedikit dengan harapan kebaikan itu menjadi sebab hidayah Allah sentiasa bersama kita.Kerana kita sendiri pun tidak pasti dengan nasib kita di penghujung nanti.

Walaupun kini kita mungkin hamba yang taat namun,disaat akhir nanti. adakah kita masih mendapat taufit dan hidayah dari Allah.kerana kita tidak tahu, mungkin dengan hanya sedikit kejahatan yang kita lakukan ,mungkin mengundang kemurkaan Allah kepada kita.Nauzubillahimizalim,moga dijauhkan dari kita,moga-moga taufit dan hidayah Allah tetap bersama kita sehingga akhir hayat,amin............

KERASIAAN DAN KETABAHAN

Kerana kasih sayang yang amat mendalam kepada Rasulullah SAW dan ayahnya Asma sanggup di pukul oleh Abu Jahal tanpa membuka rasia dimana keberadaan Rasulullah SAW dan ayahnya.

Di sini juga menunjukkan kesungguhan dan ketabahan Asma yang sentiasa berulang-alik ke tempat persembunyiaan untuk menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah SAW dan Abu Bakar,walaupun aktivitinya berjaya dihidu oleh Abu Jahal namun kerasiaan misi perhijrahan nabi ini tetap terjaga.

Kerasiaan dalam sesuatu perkara memainkan peranan penting kejayaan sesuatu misi atau sesebuah perjuangan.Lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan perjuangan agama suci ini ISLAM kerana ramai yang memusuhinya.

Hmmm.......kita rehat jap
Hmmm,sebagai selingan.tahukah kita dengan melihat pantai juga kita akan beroleh pahala?

Ok kita sambung.Mungkin terdapat banyak lagi ibrah yang dapat diambil dari kisah diatas .tapikan saya dapat tulis setakat tu je,maaflah ya saya hanya insan biasa kurang ilmunya.terima kasih kerana sudi membaca...........oppss nanti-nanti belum habis lagi tau.

Tajuk yang diberi untuk entri ni,kekuatan doa di balik syukur apa kaitannya?Ok. sesiapa yang bersyukur kepada Allah,Allah akan tambah lagi nikmatNya kepada hambaNya yang bersyukur itu.dari rasa syukur kepada Allah dengan kebaikan yang telah dilakukan oleh Abu Sufyan yang menyebabkan Abu Bakar memohon kebaikan kepada Allah untuk Abu Sufyan.Doa yang muncul dari hati yang bersyukur telah dikabulkan oleh Allah.

Sebagai kesimpulanya teman-teman yang dirahmati Allah,bila kita melihat seseorang berbuat kebaikan tidak kiralah kecil atau besar,kebaikan buat kita atau orang lain maka kita doakan kebaikan untuk mereka.Sebagai contoh katakanlah kita melihat seorang pak cik membersihkan sampah di tepi jalan,seseorang memimpin tangan orang buta melintas jalan,seseorang membantu seorang nenek mengangkat barang atau seseorang yang melipat dan menyusun sejadah di dalam masjid atau surau.

Kita doakan kebaikan kepada mereka supaya Allah mengasihi mereka,memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka dan kepada seluruh keluarga mereka.InsyaAllah jika anda berbuat demikian anda akan merasai satu ketenangan yang amat membahagiakan.jangan sesekali kita kotori hati kita dengan berkata"eleh nak tunjuk baik la tu".Wallahualam.....moga bermanfaat.
 

P/s:jika ada kesilapan harap ada yang sudi membetulkan.

Sumber:Asmaul Husna dengan namaMU aku hidup:TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat