Tip-tip Mengeratkan Persaudaraan Islam

Tidak sempurna iman seorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Langkah Mengeratkan Silaturahim

Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu

Sabda Rasulullah:
Jika seseorang itu kasih akan saudaranya,beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Mintalah Supaya Saudaramu Mendoakanmu Sebelum Berpisah

Umar al-Khattab RA berkata saya minta izin kepada baginda Rasulullah SAW untuk mengerjakan umrah.Baginda Rasulullah SAW membenarkan dan berpesan "jangan lupa berdoa untuk kami bersama"(Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Segeralah Bersalam Apabila Bertemu

Sabda Rasulullah SAW "Tiadalah 2 orang muslim yang bertemu lalu bersalam melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah"

Bermanis Muka Apabila Bertemu

Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil,sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan.

Memberi Ucapan Tahniah Kepada Saudaranya Dan Menyukakan Hatinya

Siapa yang menemui saudaranya dengan apa yang menyukakanya,nescaya Allah akan menyukakannya pada hari kiamat.

Saling Mendoakan

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang di doakan,diriwayatkan oleh iman Muslim dari Ummud Darda' ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan yang didoakan adalah doanya dikabulkan.Pada kepalanya terdapat seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,maka malaikat tersebut berkata amin dan engkau pun mendapat apa yang ia dapat.(Sahih Muslim)

Laksanakan Tanggungjawab Persaudaraan Dengan Sempurna.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat