Anjuran Pergaulan Dalam Islam


Bolehkah kita hidup bersendirian dalam dunia ini?

Secara fitrahnya perlukah manusia kepada persahabatan?saya yakin semua orang akan menjawab ya.

Dalam kehidupan harian kita berdepan dengan pelbagai kerenah manusia,yang adakalanya kerenah-kerenah mereka menguji kesabaran kita,membuat perasaan kita kucar-kacir bercampur baur diantara marah,geram,rasa bersalah,rendah diri dan macam-macam lagi.Namun adakah kerana kerenah manusia ini pelbagai,kita perlu mengelak atau menolak untuk bergaul dengan orang ramai?

Bukankah islam agama yang menganjurkan persatuan dan kemesraan.Islam menggalakkan kita bergaul,berkenal-kenalan diantara satu sama lain.kita dapati banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengalakkan kita bergaul untuk mengerakkan silatulrahim.

Salah satu hadis nabi s.a.w yang berbunyi mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan tahan menangung telatah-telatah mereka yang menyakitinya,adalah lebih baik dari mukmin yang tak bergaul dengan orang ramai dan tidak tahan sabar terhadap telatah-telatah mereka yang menyakti mereka (HR Tirmizi)]

Ini mengambarkan bertapa islam menggalakkan pergaulan, dimana digambarkan mukmin yang paling baik adalah mukmin yang paling sabar dalam berhadapan dengan kerenah orang ramai.

Memahami tabiat manusia dalam hal yang berkaitan dengan pergaulan.


Tabiat manusia dalam pergaulan boleh dipecahkan kepada dua kelompok iaitu

  1. Suka keramaian-keramaian (majlis2) dan segera ia beramah-tamah dan berkenalan dengan seorang demi seorang dan terasa riang berkenalan dengan orang yang baru dikenali dan seronok berbual-bual dengan mereka.golongan ini boleh dikatakan orang-orang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang ramai.

  2. Bila memasukkan dirinya dalam perhimpunan ramai ia duduk membeku seolah-olah terdiri dihadapanya tembok batu yang kukuh,amat sukar menegur sapa orang lain dan suka menyorok-nyorokkan diri.(tak suka bergaul dengan orang ramai,takut,malu dan sebagainya)

Islam menunjukkan jalan yang sewajarnya kepada kedua-dua golongan ini.dimana untuk golongan pertama islam mengatakan bergaullah dengan orang ramai dan awasi agamamu dan kepada golongan kedua dikatakan orang mukmin sifatnya berlemah-lembut dan beramah-tamah.

Bagaimana dengan kita,golongan manakah diri kita?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat