Biar Al-Quran Yang Berbicara:Ciri-ciri hamba Allah yang soleh
1-Berdoa kepada Allah SWT, memohon keampunan dosa dan memohon terpelihara daripada seksaan Allah SWT - Surah Ali Imran, ayat 15&16.
Katakanlah :inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?untuk orang-orang yang bertakwa kepada Allah pada sisi tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal didalamnya.Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan.Dan Allah Maha melihat akan hamba-hambaNya.
Iaitu orang-orang yang berdoa"Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah beriman,maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka.
2-Bersabar, bercakap benar,Taat kepada Allah SWT dan menginfaqkan hartanya ke Jalan Allah SWT - Surah Ali Imran, ayat 17.
Iaitu orang-orang yang sabar,yang benar, yang tetap dan taat,yang menafkahkan hartanya di jalan Allah,dan yang memohon ampun di waktu sahur
3-Menzahirkan penyembahan kepada Allah SWT dan merendahkan diri- Surah An-Nisa', ayat 172.
Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah,dan tidak pula enggan malaikat-malaikat yang terdekat kepada Allah*.Barang siapa yang enggan dari menyembahNya dan menyombong diri,nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepadaNya.
*iaitu malaikat yang berada di sekitar Arsy seperti Jibril,Mikail,Israfil dan malaikat-malaikat yang setingkat dengan mereka.
4-Hanya meminta pertolongan kepada Allah SWT- Surah Al-Isra', ayat 2.
5-Menunaikan Solat dan berkomunikasi dengan Allah SWT- Surah Al-Alaq, ayat 10.
(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
7- Bersabar dengan perkataan buruk dan taat kepada Allah SWT- Surah As-Sad, ayat 17.
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).sumber
Dan demikian (pula) di antara manusia,binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya dan jenisnya.Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya,hanyalah ulama*
*yg dimaksudkan ulamt di dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging,dan segumpal daging tu Kami jadikan tulang-belulang,lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging.Kemudian kami jadikan ia makhluk berbentuk lain.maka Maha Suci Allah,pencipta yang paling baik.
Kemudian,sesudah itu,sesungguhnya selepas itu kamu sekelian benar-benar akan mati.
Kemudian,sesungguhnya kamu sekelian benar-benar akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.
Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata-kata yang baik.
Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri ubtuk Tuhan mereka*
*maksudnya:orang-orang yang sembahyang tahajjut di malam hari semata-mata kerana Allah.
13-Berdoa supaya dijauhi daripada neraka jahannam- Surah Al-Furqan, ayat 65.
Dan orang-orang yang berkata;Ya Tuhan kami,jauhlah azab neraka jahanam dari kami,sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.
dan orang-orang apabila membelanjakan harta,mereka tidak berlebih-lebihan,dan tidak pula kikir,dan adalah pembelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian.
15-Tidak mensyirikkan Allah SWT,bertaubat, beriman dan beramal soleh - Surah Al-Furqan, ayat 68,70&71.
Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina,barang siapa yang melakukan yang demikian itu,nescaya ia akan mendapat pembalasan dosanya.
kecuali orang-orang yang bertaubat,beriman dan mengerjakan amal soleh,maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi maha penyayang.
Dan orang yang bertaubat akan mengerjakan amal soleh,maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.
16-Tidak terpengaruh dengan keindahan dunia dan tidak disesatkan oleh syaitan -Surah Al-Hijr, ayat 39 & 40.
Iblis berkata ya Tuhanku,oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua.
Kecuali hamba-hamba engkau yang mukhlis* di antara mereka
*orang-oarang yang telah diberi taufiq untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah SWT
Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada musa:pergilah kamu dengan hamba-hambaKu(bani Israel) di malam hari,maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu*,kamu tak usah khuatir akan tersusul dan tak usah takut akan tergelam.
*memukul air laut dengan tongkat.
18-Sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keampunan dan Kasih Sayang Allah SWT - Surah Al-Mukminun, ayat 109.
Para jin itu membuat utk sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungkunya.Bekerjalah hai keluarga daud untuk bersyukur kepada Allah.Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.
(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"sumber
Kitab Membentuk Kecerdasan daripada Al-Quran , M/S : 208 & 209.
Ulasan
Catat Ulasan