Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

1 Muharam 1435H

Imej
  Besok,akan masuknya 1 muharam 1435 hijrah,Permulaan tahun baru bagi kelender islam.Jika diselak tabir sejarah banyak cerita dan peristiwa yang boleh dijadikan ibrah dan pedoman dalam kehidupan ini.       Kehadiran 1 muharam 1435 hijrah amat saya nantikan dengan harapan diri saya sendiri untuk berhijrah dalam banyak perkara yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan ini.Terutamanya aspek kerjaya untuk membawa perubahan emosi, memberikan sumbangan yang optimum kepada masyarakat dan untuk kepentingan kedudukan saya di akhirat kelak.   Hijrah, Boleh didefinisikan dengan pelbagai aspek perlaksanaan,hijrah tempat dan hijrah sikap untuk mencapai matlamat atau objektif yang optimum tentang sesuatu perkara yang kita lakukan.   Jika kita imbas sejarah hijrah Rasulullah yang dilakukkan dengan penuh teliti dan berstrategi dan yang paling utama mendapat keizinan daripada Allah SWT.Kesan dari hijrah, perkembangan islam berlaku dengan bergitu pesat sekali.   Ada dugaan,ad

Keluarlah Dari Kebiasaan

Imej
Kita sepatutnya menjadi apa yang sepatutnya kita jadi.Nak jadi apa?  dan mengapa? perlu dijawab berpandukan hati yang tunduk kepada Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tiap kita mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tak sepi juga dengan kelemahan yang tertentu.Kelemahan yang Allah berikan ada yang bersifat sementara dan ada yang kekal,kadang kala kekurangan itu menjadi kelebihan dalam sesuatu keadaan.Maha Bijaksana Allah yang Maha Mencipta hambaNya. Yang kuat tak akan selamanya kuat,yang lemah tak selamanya lemah bergitulah putaran kehidupan. Menghargai dan mensyukuri kelebihan adalah lebih baik dari menangisi kelemahan yang ada.Gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk berkhidmat kepada perkara yang membawa redha Allah kepada kita. Jadi optimunkan pergunaan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita untuk mendapat redhaNya.Dan cabarannya tidak sedikit,akan ada perasaan yang terusik kerana dalam kehidupan ini kita akan berdepan dengan pelbagai

7 Ciri-ciri Orang Yang Mendapat Hidayah Allah

Imej
1.Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi. Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. 2.Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid aya

JELAS BERBEZA

Imej
Tak sama orang yang tidak ikhlas beribadah kepada Allah dengan orang yang ikhlas beribadah tetapi diganggu oleh tujuan-tujuan duniawi yang memancing-mancing di lubuk hatinya, lalu mengeruhkan kejernihan ikhlasnya. Yang pertama adalah golongan munafik. Mereka rosak kerana akidah yang tidak benar lalu mereka melakukan ibadah hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, bukan kepada Allah. Yang kedua adalah awam muslimin, bahkan orang alim juga. Mereka BERMULA dengan niat yang ikhlas dalam ibadah dan amal taat mereka kepada Allah. Tetapi syaitan mengganggu di perjalanan dengan tawaran dan habuan duniawi yang palsu, lalu ramai yang terpedaya dan menyebabkan kekeruhan dalam keikhlasan AWAL mereka. Allah menolak ibadah orang munafik. Maka ibadah dan amal taat mereka menjadi sia-sia. Adapun muslim yang ikhlas, tahap MAKBUL ibadah mereka adalah bergantung kepada TAHAP MANA mereka mampu menjaga keikhlasan mereka daripada dicemari tipu daya syaitan.  Maka berbezalah i

Bila Engkau Beri Nasihat

Imej
Nasihat umpama ubat diwaktu sakit,umpama air di waktu haus,umpama multivitamin yang menambahkah kecergasan.Namun jika tidak kena cara memberi tidak membawa apa-apa makna umpama mencurahkan air ke daun keladi.Umpama minum air laut disaat kehausan. Ciri-ciri nasihat yang baik dan berkesan Memberi manfaat kepada agama dan dunia. Menggunakan lafaz yang paling tepat Fasih dalam penyapaian dan indah pula didengari Ada tajuk tertentu,bukan berleter atau membebel. Tidak terlalu panjang tetapi ringkas dan padat supaya pendengar tidak hilang fokus. Memilih waktu yang sesuai untuk menasihati. Memilih gaya percakapan dan intonasi alunan suara yang sesuai. Rasulullah SAW ketika memberi peingatan berubah keadaannya. Jabir bin Abdullah r.a telah berkata, Rasulullah SAW apabila berkhutbah dan menyebut tentang kiamat,kemarahannya bersangatan,suaranya keras dan matanya kemerahan seolah-olah Baginda adalah komandan tentera. 25/7/2013 4.50 petang putrajaya

Terima Kasih Allah

Imej
Tika masalah merenggut datang,ketika itu kita bermuhasabah kesilapan,terfikir mencari jalan penyelsaian.Allahlah menjadi tempat dambaan untuk memohon petunjuk dan jalan penyelsaian. Disaat masalah bagaikan tiada jalan penyelsaian dikurniakan Tuhan kedamaian dan ketenteraman jiwa yang menyatakan kita manusia biasa yang mana mungkin sempurna. Namun harus berusaha untuk melakukan seperti perintah Tuhan.Berjaya atau tidak bukan tujuan,namun usaha yang ikhlas untuk mengharapkan keredhaan Tuhan itulah kejayaan. Jika tidak mampu berbuat baik maka jangan berbuat jahat. ................ Akhirnya kita tertunduk,memaksa hati yang keras untuk memohon pertolongan Tuhan bila musibah atau masalah melanda. Bergitulah kisah manusia sering lupa dan lalai bila bahagia mewarnai kehidupannya. Namun rasa syukur tetap perlu ada kerana denyut iman kepada Allah masih ada,cuma ketololan diri menyebabkan diri lupa dan alpa. Begitulah kasih tuhan,menghantar musibah dan masalah

Detik Ramadhan Kian Berlalu

Imej
Pejam celik,pejam celik hari ini dah 9 Ramadhan ya teman-teman,macam mana ramadhan kita semua? ok?  biasa-biasa je? hambar? ahh....sngt teruk?(ada ke? harap-harap  takde) alhamdulillah baik-baik je? atau ada yang nak kata owh,sangat bagus? Apa-apa pun alhamdulillah kita masih diberi nikmat usia untuk berada di bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang penuh barakah ini adalah bulan untuk kita melatih disiplin diri kita kearah yang lebih baik.Bangun seawal pagi untuk bersahur. Sangatlah rugi bagi orang-orang yang tidak gemar untuk bangun bersahur.waktu sahur adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa kerana antara waktu yang sangat mustajab untuk berdoa adalah 10 minit sebelum berbuka puasa dan juga waktu sahur. Waktu sahur sebenarnya bukan hanya sekadar untuk bangun makan pada pagi hari bagi megelakkan terasa terlalu lapar pada waktu siang tetapi memberi banyak lagi kebaikan untuk jasmani dan Rohani kita. Jadi ayuh teman-teman gunakan bulan y

Ardu Kinanah Kembali Mencatat Sejarah Duka Buat Muslim

Imej
Sejarah yang perlu dipelajari dan diambil pelajaran. Dalam kelukaan akan terbit manusia yang benar-benar berjuang. Catatan sejarah yang menguji siapa kita Melihat saudara kita yang terbunuh mahu menengakkan hak mereka. Meletakkan Islam Di tempat yang tertinggi Ya Allah dikitnya ilmu hamba untuk membaca hikmah dibalik duka Namun hamba tetap percaya kebenaran dan kemenangan akan tertegak jua. 4 julai 2013 catatan sejarah rampasan kuasa oleh tentera daripada pemimpin pilihan rakyat Mohammed Morsi.... Doa dan bantuan yang termampu kita kirimkan tapi yang lebih penting KITA,apakah sumbangan kita kepada ummah dalam memartabatkan islam untuk menjadi hamba yang diredhai oleh Allah. Catatan sejarah ini sedang mengajar kita.Renungkanlah......APA?

Biar Al-Quran Yang Berbicara:Ciri-ciri hamba Allah yang soleh

Imej
1-Berdoa kepada Allah SWT, memohon keampunan dosa dan memohon terpelihara daripada seksaan Allah SWT - Surah Ali Imran, ayat 15&16. Katakanlah :inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?untuk orang-orang yang bertakwa kepada Allah pada sisi tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal didalamnya.Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan.Dan Allah Maha melihat akan hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang berdoa"Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah beriman,maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka. 2-Bersabar, bercakap benar,Taat kepada Allah SWT dan menginfaqkan hartanya ke Jalan Allah SWT - Surah Ali Imran, ayat 17. Iaitu orang-orang yang sabar,yang benar, yang tetap dan taat,yang menafkahkan hartanya di jalan Allah,dan yang memohon ampun di waktu sahur 3-Menzahirkan penyembahan kepada Allah SWT dan merendahkan dir

Tanda Kiamat Sudah Dekat

Imej
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah SAW dalam Hadis ini adalah tanda-tanda qiamat besar yang akan terjadi ketika hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: 1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesma di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan orang kafir. 2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan menguji keimanan, sehingga banyak orang yang akan tertipu dengan seruan dan dakyahnya. 3. Binatang besar yang keluar dekat bukit Sofa di Makkah yang akan bercakap, manusia sudah tidak mahu lagi beriman kepada Allah SWT. 4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka waktu itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat dari orang yang berdosa. ------------------------------------------------------- 5. Turunnya Nabi Isa A.S. ke permukaan bumi ini. Beliau akan membantu pemerintahan Imam Mahadi yang sedang berkuasa pada waktu tersebut dan Baginda akan me

The Lion of Allah and The Martyr of Martyrs

Imej
After a day full of work, worship, and entertainment, the people of Makkah fell into a deep sleep. The people of the Quraish were turning in their beds except for one who forsook his bed of sleep. He used to go to bed early, rest for a few hours, then wake up in great anxiety for the expected appointment with Allah. He went to the praying corner in his room to supplicate to his God. Whenever his wife awakened upon hearing the voice of his long supplications, she shed tears out of warm sympathy and asked him not to take it so hard and to get some sleep. He only answered her in tears, "The time for sleep is over, khadijjah." At that time Muhammad was not yet a serious problem for the Quraish, although he had started to draw their attention as he started to spread his call secretly; those who believed in him were still quite few. There were people among the non-believers who loved and respected him. They yearned to declare their belief in him and become one of his follo

Aku Mahu Sihat

Imej
Nikmat kesihatan tidak akan dirasai selagi kita tidak diuji dengan ketidaksihatan dan penyakit-penyakit yang tak terduga.Terutamanya kepada orang-orang yang tidak mengambil pelajaran dengan musibah penyakit yang diujikan oleh Allah kepada orang-orang disekeliling kita. Disaat usia yang makin meningkat ini,tahap kecergasan semakin menunjukkan pengurangan yang memberi peringatan kepada saya tentang persiapan saya untuk berpindah ke alam yang dijanjikan kepada setiap yang bernyawa. "setiap yang bernyawa akan merasai kematiaan" Kesihatan antara perkara yang bermain di pemikiran saya kerana saya mahu sihat untuk beribadah,walaupun diri ini tidak diuji dengan penyakit yang kronik hanya sekadar masalah kesihatan yang biasa.Menemukan saya dengan nikmat sihat dan ibadah diwaktu umur yang semakin meningkat tua ini. Orang-orang disekelilingku yang diuji penyakit kronik yang serius yang tiba-tiba,tidak disedari oleh empunya badan.membuatkan saya lebih bersungguh-sung