Tanda Kiamat Sudah Dekat


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah SAW dalam Hadis ini adalah tanda-tanda qiamat besar yang akan terjadi ketika hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesma di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan menguji keimanan, sehingga banyak orang yang akan tertipu dengan seruan dan dakyahnya.

3. Binatang besar yang keluar dekat bukit Sofa di Makkah yang akan bercakap, manusia sudah tidak mahu lagi beriman kepada Allah SWT.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka waktu itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat dari orang yang berdosa.
-------------------------------------------------------
5. Turunnya Nabi Isa A.S. ke permukaan bumi ini. Beliau akan membantu pemerintahan Imam Mahadi yang sedang berkuasa pada waktu tersebut dan Baginda akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Nasrani dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
---------------------------------------------------------
6. Keluarn ya bangsa YaJuj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berhasil menghancurkan dinding yang dibina dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Iskandar Zulkarnain bersama pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur .

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari negera Yarnan.


Menurut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari kumpulan Hadis-Hadis Rasulullah SAW keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala tanda-tanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku di permukaan bumi ini. 

Keadaan itu akan diakhiri dengan kematian Nabi Isa A.S. (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakrawala, kejadian ini akan diakhiri dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dasyat itu. 

Berkemungkinan keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya. “

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat