Teman sejati walaupun jauh tetap dihati


Dalam kehidupan kita selalu mengharapkan kehadiran sahabat sejati,sahabat yang sentiasa ada dikala kita senang dan juga susah.Pendek kata sahabat sejati sentiasa di damba.Kalau bercakap tentang teman sejati semua orang akan mengatakan teman sejati sukar dicari dan semua orang menginginkanya.

Yang terbaik masukkan ciri-ciri teman sejati itu kedalam diri kita dulu,baru boleh mengharapkan kehadiran teman sejati.


Siapa teman sejati?

Ciri-ciri teman sejati secara ringkas
  1. Menjaga hubungan dengan Allah
  • Taat pada perintah Allah dan menjauhi laraganya
  • Jika terbuat silap dia bersegera bertaubat
2. Menjaga hubungan dengan manusia
  • Tutur kata sopan
  • Bila berjanji sentiasa menunaikan janji
  • Tak suka jaga tepi kain orang
  • saling nasihat- menasihati
3. Taat kepada ibu bapa
  • Sayang mak ayah
4. Menjaga agama dan kerhormatan diri
  • Pemalu:malu yang benar bukan malu tak bertempat.
5. Bercita-cita tinggi
  • Mencintai ilmu
6. Bijak mengurus masa
  • Merancang waktu dengan cekap,tak suka buang masa
7. tidak mementingkan diri sendiri
  • Suka menolong.
Ada tak ciri-ciri ini kat diri kita kalau ada Alhamdulillah,bertuah sahabat anda.kalau takde kita sama-sama usahakan.
Apa hak seorang sahabat?
Adab dan hak seorang sahabat
  1. Memberi salam ketika bertemu.
  2. Menziarahi ketika sakit
  3. Mendoakan ketika dia bersin
  4. Sering menziarahi kerumahnya kerana menghubungi persahabatan kerana Allah semata-mata
  5. Membantu ketika waktu susah
  6. Menerima undangan jika di undang ke majlis atau ke rumah
  7. Memberi taniah pada bulan-bulan dan hari raya
  8. Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari-hari tertentu.
  9. Membenci sesuatu yang tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu bagi anda
  10. Sama-sama bergembira ketika senang dan bersedih ketika sedih.
  11. Sentisa menjaga nama baiknya semasa hidupnya dan matinya
  12. Berbakti kepada keluarganya.

Puisi buat teman
Teman,
aku insan yang tak petah berbicara,
kadang-kadang kelihatan tak cakna,
aku insan yamg tak pandai berbicara,
mengalunkan kata-kata puitis
untuk membuatmu bahagia tersenyum ceria

Teman,
maafkan aku,
jika aku membuat engkau terluka
dek kata-kataku yang adakalanya mugkin berbisa
dek sikapku acuh tak acuh dikala bersama,
atau diamku yang membuat engkau terasa.


Teman,
sesungguhnya tanpa kehadiranmu
hidupku tak bermakna sunyi lagi sepi,
teman ku hulurkan salam ukhuwah
dengan hati penuh tertanya-tanya
adakah salam ku diterima?


Teman,
untuk menjadi sahabat sejati
mungkin persahabtan kita akan teruji
dengan pelbagai dugaan yang mengusik jiwa
aku mengharapkan dirimu dan diriku dapat bersabar
dalam menghadapi kerenah yang mencabar
ketahan emosi dan jiwa.


Teman,
kuhulurkan salam ukhuwah
ikhlas kerana Allah
aku mengharapkan engkau menjadi temanku
di dunia dan akhirat,
namamu kan ku bisikkan di dalam tiap bisikkan doaku
dan ku mengharapkan namaku dalam bisikkan doamu

Teman,
aku tidak mahu
kita menjadi insan yang berkasih sayang di dunia
tapi diakhirat kelak kita bermusuhan,
teman tegurilah aku, nasihatilah aku
aku akan cuba mendengar walaupun pahit.

Teman,
janganlah engkau berdendam denganku,
maafkan aku, jika aku pernah menyingung perasaanmu,
moga persahabatan kita kekal selamanya,
walaupun jarak dan masa memisahkan kita.






Tuhan,Engkau rahmatilah sahabatku walau dimanapun mereka berada,
teman teruskan perjuangan...

P/S:Sahabat aku menghargaimu.Salam ukhuwah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat