Hukum Perempuan Haid Membaca Al-Quran
Bukan tujuanku untuk campur tangan dalam isu furuk tetapi sebagai perkongsian ilmu yang diperolehi.Ini adalah salinan etikel yang ku dapat dari seorang ustaz.ustaz sekolah saya dulu,moga beroleh manfaat.selamat membaca......
Ulama beselisih pendapat tentang hukum perempuan yang sedang dalam keadaan Haid sama ada dibolehkan membaca ayat suci al-Quran atau tidak.
PANDANGAN YANG MEMBOLEHKAN
(1)
Terdapat hadis di dalam Kitab Sahih al-Bukhari yang menyatakan bahawa perempuan yang datang haid boleh membaca al-Quran
Maksud hadis:Ketika Aisyah datang haid, dia melakukan semua ibadat kecuali tawaf di baitillah dan tidak melakukan sembahyang.
(Darjat hadis sahih al-bukhari:Ulama telah sepakat mengatakan bahawa hadis-hadis yang sahih seperti dalam sahih al-Bukhari(W:256H),sahih al-Muslim(W:261H),al-Muwatta' sahih ibn Huzaimah,sahih Ibn Hibban dan Mukhtarah adalah sebagai hujah dan wajib beramal denganya.
(2)
Pendapat ulama Fiqh mazahab al-Zahiri seperti Ibn Hazm mengharuskan membaca al-Quran bagi mereka yang datang haid dan berjunub kerana amalan membaca al-Quran merupakan amalan kebajikan yang dibalaskan pahalanya kepada mereka yang melakukan.Mengikut Ibn Rusd maksud yang terlarang sebagaimana hadis yang diterima oleh jumhur ulama adalah untuk orang yang berjunud sahaja tidak kepada perempuan yang datang haid.Bahkan mereka yang melarang perempuan yang didatangi haid membaca al-Quran tersebut berdasarkan kepada athar para sahabat adalah tidak sahih.
Pendapat ulama Fiqh mazahab al-Zahiri seperti Ibn Hazm mengharuskan membaca al-Quran bagi mereka yang datang haid dan berjunub kerana amalan membaca al-Quran merupakan amalan kebajikan yang dibalaskan pahalanya kepada mereka yang melakukan.Mengikut Ibn Rusd maksud yang terlarang sebagaimana hadis yang diterima oleh jumhur ulama adalah untuk orang yang berjunud sahaja tidak kepada perempuan yang datang haid.Bahkan mereka yang melarang perempuan yang didatangi haid membaca al-Quran tersebut berdasarkan kepada athar para sahabat adalah tidak sahih.
PENDAPAT ULAMA YANG MELARANG
Jumhur ulama (majoriti) mengharamkan perempuan yang datang haid membaca al-Quran.Antara dalil yang dipakai ialah
Maksud hadis:Janganlah perempuan yang datang haid dan berjunud membaca ayat suci al-Quran (Riwayat Abu Daud)
HUJJAH
Walaupun jumhur bersepakat mengharamkan perempuan membaca al-Quran namun di beberapa tempat mereka berselisih pendapat dan ada yang mengharuskan seperti:
- Harus sekiranya tidak sampai satu ayat suci al-Quran
- Iman al-Syafie mengharamkan membaca al-Quran walaupun sedikit.
- Iman Malik harus untuk beberapa ayat sahaja.
- Iman hambali Mengharamkan membacanya kecuali selepas bersuci.
- Mazahab Zaidibiyah mengharuskan hanya satu atau dua ayat sahaja sekiranya ia berniat sebagai zikir atau doa.
- Mazhab Jaafariyah mengharuskan membaca ayat suci al-Quran tidak melebihi tujuh ayat sahaja.
Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah disimpulkan tiada ijma' ulama dalam permasalahan ini.Cuma amalan penduduk di Malaysia ialah dengan mengamalkan pendapat jumhur ulama dalam permasalahan ini.
Untuk yang berpegang kepada haram wanita haid membaca Al-Quran cuba kita fikirkan dan renungkan apakah kerosakkan dan kebaikkan yang timbul daripada perempuan haid yang membaca al-Quran dan apa keuntungan yang kita dapat daripada mereka yang tidak membaca al-Quran
- Terhadap agama
- Dirinya sendiri
- keluarganya
- masyakatnya
- negaranya
- ekonomi
- budaya
- politik
- warisan silam
- pembangunan
- mental dan intelek
- masa depan
- fizikal dan rohaninya
- hubunganya dengan Allah
- perlindungan diri terhadap musuhnya yang bernama syaitan
- keuntungan dari segi mendapat pahala
- dan lain-lain.
Komentar Saya
Yang mana satu pilihan kita boleh ke tak boleh?kalau tak boleh apa hujjah yang nak kita pegang ataupun kita masih lagi dengan budaya 'ikut-ikut' orang buat macam tu kita pun buat macam tulah, atau kita masih lagi berpegang dengan mind set yang macam ni "ustaz/ustazah cakap macam tu,macam tulah,siapa kita?jangan nak memandai-mandai"
Cuba kita tanya diri kita,apa yang kita buat sekarang ni datang dari ilmu yang kita pelajari atau warisan turun-temurun yang kita warisi tanpa sebarang usaha kearah penambah baikkan dan kefahaman yang jelas dengan apa yang kita amalkan.
Pembaca budiman,bukan niat saya untuk memperlekehkan anda tetapi ingin mengajak diri sendiri dan anda semua membuka minda dan berfikir untuk memantapkan diri dalam kehidupan beragama,agama islam bukan agama yang menolak konsep pemikiran.Islam agama yang mengalakkan umatnya berfikir.
jadi boleh ke tak boleh?
Boleh ke tak boleh terpulanglah kepada anda kerana dua-dua pendapat boleh diguna pakai,tapi apa yang penting marilah kita beramal berdasarkan ilmu pengetahuan.Ilmu yang kita pelajari bukan lagi budaya beramal'ikut-ikut orang'.Pada saya dalam isu furuk ini ambillah pendekatan yang terbuka berlapang dada,beramal dengan apa yang kita fahami(kuasai) dengan keilmuan yang jelas dan kecenderungan hati(keyakinan) kita.
P/s:Wahai pemuda/i jadilah kita orang berilmu,mantapkan pengetahuan kita,jangan main ikut-ikut tanpa kefahaman yang jelas.
Ulasan
Catat Ulasan