Hindari Perangkap Angan-agan
Menghadapi hari-hari akan datang dengan sikap yang dingin,dengan seribu cita-cita dan impian kosong,tanpa sebarang pengetahuan,perencanaan dan perlaksanaan yang sewajarnya adalah sama seperti orang yang telah berputus asa!Hanya dengan cita-cita tidak boleh sampai ke mana-mana dan tidak tercapai sebarang hasrat.Oleh itu,Ka'ab bin Zuhair berkata "cita-cita dan impian itu adalah penyesatan"
"Awas jangan hanya bersandarkan kepada cita-cita.Lamunan cita-cita sahaja adalah modal orang bodoh"(Sayyidina Ali b Abi Talib)
Al-Quran membantah cita-cita Yahudi dan Nasrani,kononnya mereka akan dapat masuk syurga bulat-bulat,dengan tanpa iman dan sebarang amalan,firman Allah subhanahu wa ta.ala:
"Dan mereka berkata:Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang Yahudi dan Nasrani.Demikian itu agan-agan mereka yang kosong belaka.Katakanlah:Tunjukkanlah bukti kebenaraan jika kamu adalah orang yang benar.Bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah,disamping dia berbuat kebajikan maka baginya pahala pada sisi Tuhanya.Mereka tidak dan bersedih" (Al-Baqarah:111-112)
Al-Quran bukan sahaja melarang orang-orang yahudi dan nasrani dari beragan-agan kosong,malahan orang-orang islam yang hanya berbangga dengan nama sebagai seorang muslim tanpa menghayati agamanya adalah dianggap sama seperti yahudi dan nasrani juga.Firman Allah S.W.T:
"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut agan-aganmu yang kosong, dan bukan seperti agan-agan ahli kitab.Barangsiapa yang melakukan kejahatan,nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak dapat pelindungan dan tidak penolong baginya selain Allah.Barangsiapa yang beramal salih,baik lelaki mahupun wanita asalkan ia orang yang beriman,mereka akan masuk syurga dan tidak dihinanya walaupun sedikitpun"(Al-Nisa':123-124)
Walau bagaimanapun yang dilarang oleh Al-Quran ialah agan-agan kosong,bukan cita-cita yang sepenuh harapan.Diantara agan-agan dan cita-cita masing-masing mempunyai konsep yang berbeza.Cita-cita yang tak disertakan dengan amalan pun samalah juga dengan agan-agan kosong!
Jadi,jangan biarkan diri kita teperangkap dengan agan-agan,rancang dan laksanakan rancangan kita megikut kemampuan,pendekkan cita-cita tapi banyakkan bekerja tapi tak bermaksud kita tidak boleh berfikir jauh kehadapan, boleh!tapi biarlah realistik dan mampu kita capai.Oleh itu,dalam merancang sesuatu perkara kita kena kenal diri kita,apa kelebihan dan kelemahan kita barulah perancangan kita akan terlaksana dan bukan menjadi sebuah agan-agan yang sia-sia.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:
"yang cerdik,siapa yang pandai menilai dirinya sendiri di samping beramal untuk selepas mati.Dan yang lemah,mereka yang mengikut hawa-hawa nafsunya dan untuk Allah hanyalah sekadar cita-cita kosong sahaja"
Al-Quran mengalu-ngalukan dan memuji orang yang mempunyai harapan dan hasrat.Sebagaimana firman Allah S.W.T
"sesungguhnya orang-orang yang beriman,orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang"(Al-Baqarah:218)
Jadi jangan takut untuk bercita-cita tapi berhati-hati moga tidak terjatuh ke lembah agan-agan,bersabarlahah dalam merealisasikan sebuah impian.Berusahalah,berdoalah dan tawakallah kepada Allah dalam mengapai cita-cita.Jangan sekali-kali mudah mengalah dan mengangap diri lemah sebelum mencuba,kerana itulah penipu terbesar dalam mengapai cita-cita.
P/S:Musuh terbesar dalam mengapai cita-cita adalah sifat tergesa-gesa kemudian berputus asa.
Ulasan
Catat Ulasan