Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Bila Engkau Beri Nasihat

Imej
Nasihat umpama ubat diwaktu sakit,umpama air di waktu haus,umpama multivitamin yang menambahkah kecergasan.Namun jika tidak kena cara memberi tidak membawa apa-apa makna umpama mencurahkan air ke daun keladi.Umpama minum air laut disaat kehausan. Ciri-ciri nasihat yang baik dan berkesan Memberi manfaat kepada agama dan dunia. Menggunakan lafaz yang paling tepat Fasih dalam penyapaian dan indah pula didengari Ada tajuk tertentu,bukan berleter atau membebel. Tidak terlalu panjang tetapi ringkas dan padat supaya pendengar tidak hilang fokus. Memilih waktu yang sesuai untuk menasihati. Memilih gaya percakapan dan intonasi alunan suara yang sesuai. Rasulullah SAW ketika memberi peingatan berubah keadaannya. Jabir bin Abdullah r.a telah berkata, Rasulullah SAW apabila berkhutbah dan menyebut tentang kiamat,kemarahannya bersangatan,suaranya keras dan matanya kemerahan seolah-olah Baginda adalah komandan tentera. 25/7/2013 4.50 petang putrajaya

Terima Kasih Allah

Imej
Tika masalah merenggut datang,ketika itu kita bermuhasabah kesilapan,terfikir mencari jalan penyelsaian.Allahlah menjadi tempat dambaan untuk memohon petunjuk dan jalan penyelsaian. Disaat masalah bagaikan tiada jalan penyelsaian dikurniakan Tuhan kedamaian dan ketenteraman jiwa yang menyatakan kita manusia biasa yang mana mungkin sempurna. Namun harus berusaha untuk melakukan seperti perintah Tuhan.Berjaya atau tidak bukan tujuan,namun usaha yang ikhlas untuk mengharapkan keredhaan Tuhan itulah kejayaan. Jika tidak mampu berbuat baik maka jangan berbuat jahat. ................ Akhirnya kita tertunduk,memaksa hati yang keras untuk memohon pertolongan Tuhan bila musibah atau masalah melanda. Bergitulah kisah manusia sering lupa dan lalai bila bahagia mewarnai kehidupannya. Namun rasa syukur tetap perlu ada kerana denyut iman kepada Allah masih ada,cuma ketololan diri menyebabkan diri lupa dan alpa. Begitulah kasih tuhan,menghantar musibah dan masalah

Detik Ramadhan Kian Berlalu

Imej
Pejam celik,pejam celik hari ini dah 9 Ramadhan ya teman-teman,macam mana ramadhan kita semua? ok?  biasa-biasa je? hambar? ahh....sngt teruk?(ada ke? harap-harap  takde) alhamdulillah baik-baik je? atau ada yang nak kata owh,sangat bagus? Apa-apa pun alhamdulillah kita masih diberi nikmat usia untuk berada di bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang penuh barakah ini adalah bulan untuk kita melatih disiplin diri kita kearah yang lebih baik.Bangun seawal pagi untuk bersahur. Sangatlah rugi bagi orang-orang yang tidak gemar untuk bangun bersahur.waktu sahur adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa kerana antara waktu yang sangat mustajab untuk berdoa adalah 10 minit sebelum berbuka puasa dan juga waktu sahur. Waktu sahur sebenarnya bukan hanya sekadar untuk bangun makan pada pagi hari bagi megelakkan terasa terlalu lapar pada waktu siang tetapi memberi banyak lagi kebaikan untuk jasmani dan Rohani kita. Jadi ayuh teman-teman gunakan bulan y

Ardu Kinanah Kembali Mencatat Sejarah Duka Buat Muslim

Imej
Sejarah yang perlu dipelajari dan diambil pelajaran. Dalam kelukaan akan terbit manusia yang benar-benar berjuang. Catatan sejarah yang menguji siapa kita Melihat saudara kita yang terbunuh mahu menengakkan hak mereka. Meletakkan Islam Di tempat yang tertinggi Ya Allah dikitnya ilmu hamba untuk membaca hikmah dibalik duka Namun hamba tetap percaya kebenaran dan kemenangan akan tertegak jua. 4 julai 2013 catatan sejarah rampasan kuasa oleh tentera daripada pemimpin pilihan rakyat Mohammed Morsi.... Doa dan bantuan yang termampu kita kirimkan tapi yang lebih penting KITA,apakah sumbangan kita kepada ummah dalam memartabatkan islam untuk menjadi hamba yang diredhai oleh Allah. Catatan sejarah ini sedang mengajar kita.Renungkanlah......APA?

Biar Al-Quran Yang Berbicara:Ciri-ciri hamba Allah yang soleh

Imej
1-Berdoa kepada Allah SWT, memohon keampunan dosa dan memohon terpelihara daripada seksaan Allah SWT - Surah Ali Imran, ayat 15&16. Katakanlah :inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?untuk orang-orang yang bertakwa kepada Allah pada sisi tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal didalamnya.Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan.Dan Allah Maha melihat akan hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang berdoa"Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah beriman,maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka. 2-Bersabar, bercakap benar,Taat kepada Allah SWT dan menginfaqkan hartanya ke Jalan Allah SWT - Surah Ali Imran, ayat 17. Iaitu orang-orang yang sabar,yang benar, yang tetap dan taat,yang menafkahkan hartanya di jalan Allah,dan yang memohon ampun di waktu sahur 3-Menzahirkan penyembahan kepada Allah SWT dan merendahkan dir