Optimis Dalam Persahabatan
Dalam dunia pergaulan berbagai orang yang kita temui,ada yang kita senangi dan ada juga yang kita tidak senangi.itulah hakiakat dunia pergaulan.ada yang menyenangi kita dan ada juga yang tidak menyenangi kita.persoalanya bagaimana kita mendepaninya?
Ungkapan-ungkapan ini biasa saya dengar "aku, bila aku benci seseorang,aku akan benci sampai bila-bila" ungkapan yang menghantar rasa jauh dan bimbang kepada saya suatu ketika dahulu."penat" bersahabat dengan orang berprinsip sebegini kerana ketika itu aku masih mencari siapa aku?
Kini ungkapan yang hampir sama keluar dari mulut orang yang terhampir dengan saya tetapi memberi rasa yang berbeza kerana saya makin mengenali siapa saya.Prinsip mereka membenci orang yang tidak sekepala,prinsip saya membiarkan saja,tidak ada perasaan benci buat mereka Alhamdulillah.....
Saya cuba menyemat dihati nurani untuk berbuat baik kepada sesiapa saja tidak mengira orang itu menyukai saya atau tidak semampu yang boleh tanpa membebankan diri saya untuk menjadi orang lain untuk disenangi tetapi saya menjadi diri sendiri yang sentiasa mencari penambahbaikan diri tanpa memperdulikan mereka boleh menerima saya atau tidak.Orang yang saya kenali sebagai sahabat tetap saya anggap sebagai sahabat walau apa pun anggapan mereka terhadap saya.
Antara yang menjadi sebab kenapa saya boleh menerima dan tidak membenci mereka adalah kerana sedar kekurangan diri saya yang banyak dalam perhubungan.Jadi saya sangat menghargai sahabat yang bersabar dan menerima saya sebagai sahabat seadanya.Terima Kasih.
Dalam kehidupan ini kita mungkin pernah menangis disebabkan oleh seorang yang bernama rakan.itulah pengalaman,itulah pengajaran sebagai bekal perjalanan untuk lebih tabah dan tahan rintangan dalam perjalanan kehidupan.
Pengalaman itu memberi saya ilmu untuk mengenal erti persahabatan.Kata orang yang menenangkan saya ketika saya menangis dalam bersahabat kita harus mengenali dan mengklafikasi sahabat kita semoga kita tidak mencedara dan didera dalam persahabatan.Mengurus salah faham dengan baik dan lebihkan menilai diri kita sendiri kerana kita bukan manusia sempurna.TERIMA KELEMAHAN DIRI KITA JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN.sumber kedamaian yang tak terungkap.
Moga Allah terus mengukuhkan hati-hati kita untuk terus menyayangi sahabat-sahabat kita kerana Allah.menjauhkan kita dari sifat benci yang tidak benar dan mengurniakan sahabat yang baik seperti harun kepada musa dan sahabat-sahabat nabi Muhammad SAW.
Jangan khianat terhadap sahabat,Jadilah yang terbaik,moga beroleh yang terbaik.salam persahabatan buat semua.....
p/s:penulisan dalam versi "saya",maaf.....
Wasalam...
31/5/2013
Jumaat
Putrajaya
Ulasan
Catat Ulasan