Apa Yang Aku Mahu?
Apa yang aku mahu adalah satu manipestasi dari keinginan yang ada dalam jiwa untuk mencapai sesuatu matlamat dalam kehidupan untuk dunia dan akhirat.
Memahami diri kita, siapa? dan kemana hala tuju kita,......hala tuju kita adalah ke dunia yang lebih kekal dinamakan akhirat yang pasti terjadi dalam kehidupan ini yang tidak diketahuai bila tetapi pasti.Sebelum sampai ke dunia yang dinamakan akhirat kita akan melalui satu chekpoint perpindahan yang dinamakan alam kubur(tempat rehat bagi yang beriman dan tempat senggsara bagi yang mungkar) beringatlah sebelum terlambat.
Apa yang aku mahu?
Persoalan yang perlu dijawab dengan aqal dan hati yang berilmu supaya keinginan tidak dipandu oleh hawa nafsu.Dan keinginan itu biar membawa makna kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat.Jangan sampai senget pembahgiannya.Lebihkan akhirat inshaAllah kejayaan didunia pada tahap yang paling cemerlang.Percayalah.
Apa yang aku mahu?
Tidak tahu jawapan bagi yang suram dan kabur matlamat hidupnya.Ada satu pepatah matinya seseorang manusia bukan kerana matinya jasad tetapi matinya manusia kerana tiada keinginan.Kita lihat ramai orang yang mati meninggalkan jasa besar kepada kita yang masih hidup kerana keinginan dan matlamat yang jelas semasa hidup.walaupun sudah mati kehadiran mereka tetap dirasai walaupun kita tidak pernah bersua dengan mereka.Muhammad SAW contoh terhebat.
Apa yang aku mahu?
Tidak pasti,jangan risau teruslah mengenal pasti.lihat kelebihan jangan terlalu fokus kepada kelemahan jangan dilihat kepada umur yang panjang lihatlah kepada nikmat usia/hidup yang masih diberikan.Lihatlah kejayaan orang lain,doakan kejayaan mereka.Mengapa?kerana tiap-tiap kita suka kepada kejayaan dan doakan kejayaan supaya kita terselamat dari perasaan dengki yang merosak hati.Bila hati cerah maka jelaslah matlamat kita inshaAllah.
selingan: saya suka melihat rancangan realiti tv korea tentang kehidupan masyarakat pendalaman mereka,mengajar saya tentang banyak benda mengenai kehidupan,meneguhkan lagi keyakinan saya kepada prinsip-prinsip kehidupan dalam al-Quran.selain menyukai nature yang sangat indah,mengigatkan saya tentang hebatnya kuasa Allah yang menciptakan.Subhanallah,Alhamdulillah....
Apa yang aku mahu?
Tersimpan erat dalam dada aqal pemikiran,mengatur langkah kearah matlamat yang dinginkan.....moga memberi manfaat membawa berkat dunia akhirat.
30/5/2013
Khamis
Putrajaya

Ulasan
Catat Ulasan