Kembara Hati Mencari Titik-titik ketenangan
Dalam kehidupan ini adakalanya kita hilang rentak,tidak tahu apa yang dicari,diri terasa amat lemah dan adakalanya kita fikir diri kita sangat teruk.Seolah-olah diri kita ini manusia yang tak berguna.itulah arus kehidupan adakala naik,adakala turun.jadi bagaimana kita mahu wujudkan titik-titik ketenangan yang sentiasa bertapa dihati. Tip-tip wujukkan titik ketenangan hati Rasa bertuhan. Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan. Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia