Ke Gereja Untuk Ke Masjid
“ Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah! ” saya melafazkan syahadah. Laura mengulang bilah-bilah kesaksian itu dengan penuh kesungguhan. “Alhamdulillah. Welcome back, sister !”, saya menadah tangan mengucap syukur. Laura menangis. Bukan sedih. Tetapi riak wajahnya menampaknya suatu kelegaan yang besar. Pagi itu Laura telah mengisytiharkan keIslamannya di hadapan saya dan beberapa warga masjid, termasuk beberapa muslimat yang saya jemput untuk meraikan Laura. “ Thank you, Imam. I feel so blessed that no word can describe my feeling right now. I can’t believe that I am now a Muslim. Finally !” kata Laura. Saya sendiri berasa sebak dan terharu. Selepas beberapa kali berutus soal jawab melalui telefon, pagi itu Laura nekad untuk melafazkan syahadahnya. Saya mengalu-alukan ‘kepulangan’ beliau dengan ucapan ‘ Welcome back ‘, kerana mahu mengangkat hakikat yang diterangkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa setiap insan itu dilahirkan fitrah. M