Catatan

Keluarlah Dari Kebiasaan

Imej
Kita sepatutnya menjadi apa yang sepatutnya kita jadi.Nak jadi apa?  dan mengapa? perlu dijawab berpandukan hati yang tunduk kepada Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tiap kita mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tak sepi juga dengan kelemahan yang tertentu.Kelemahan yang Allah berikan ada yang bersifat sementara dan ada yang kekal,kadang kala kekurangan itu menjadi kelebihan dalam sesuatu keadaan.Maha Bijaksana Allah yang Maha Mencipta hambaNya. Yang kuat tak akan selamanya kuat,yang lemah tak selamanya lemah bergitulah putaran kehidupan. Menghargai dan mensyukuri kelebihan adalah lebih baik dari menangisi kelemahan yang ada.Gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk berkhidmat kepada perkara yang membawa redha Allah kepada kita. Jadi optimunkan pergunaan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita untuk mendapat redhaNya.Dan cabarannya tidak sedikit,akan ada perasaan yang terusik kerana dalam kehidupan ini kita akan berdepan dengan pelb...

7 Ciri-ciri Orang Yang Mendapat Hidayah Allah

Imej
1.Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi. Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. 2.Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid aya...

JELAS BERBEZA

Imej
Tak sama orang yang tidak ikhlas beribadah kepada Allah dengan orang yang ikhlas beribadah tetapi diganggu oleh tujuan-tujuan duniawi yang memancing-mancing di lubuk hatinya, lalu mengeruhkan kejernihan ikhlasnya. Yang pertama adalah golongan munafik. Mereka rosak kerana akidah yang tidak benar lalu mereka melakukan ibadah hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, bukan kepada Allah. Yang kedua adalah awam muslimin, bahkan orang alim juga. Mereka BERMULA dengan niat yang ikhlas dalam ibadah dan amal taat mereka kepada Allah. Tetapi syaitan mengganggu di perjalanan dengan tawaran dan habuan duniawi yang palsu, lalu ramai yang terpedaya dan menyebabkan kekeruhan dalam keikhlasan AWAL mereka. Allah menolak ibadah orang munafik. Maka ibadah dan amal taat mereka menjadi sia-sia. Adapun muslim yang ikhlas, tahap MAKBUL ibadah mereka adalah bergantung kepada TAHAP MANA mereka mampu menjaga keikhlasan mereka daripada dicemari tipu daya syaitan.  Maka berbezal...

Bila Engkau Beri Nasihat

Imej
Nasihat umpama ubat diwaktu sakit,umpama air di waktu haus,umpama multivitamin yang menambahkah kecergasan.Namun jika tidak kena cara memberi tidak membawa apa-apa makna umpama mencurahkan air ke daun keladi.Umpama minum air laut disaat kehausan. Ciri-ciri nasihat yang baik dan berkesan Memberi manfaat kepada agama dan dunia. Menggunakan lafaz yang paling tepat Fasih dalam penyapaian dan indah pula didengari Ada tajuk tertentu,bukan berleter atau membebel. Tidak terlalu panjang tetapi ringkas dan padat supaya pendengar tidak hilang fokus. Memilih waktu yang sesuai untuk menasihati. Memilih gaya percakapan dan intonasi alunan suara yang sesuai. Rasulullah SAW ketika memberi peingatan berubah keadaannya. Jabir bin Abdullah r.a telah berkata, Rasulullah SAW apabila berkhutbah dan menyebut tentang kiamat,kemarahannya bersangatan,suaranya keras dan matanya kemerahan seolah-olah Baginda adalah komandan tentera. 25/7/2013 4.50 petang putrajaya

Terima Kasih Allah

Imej
Tika masalah merenggut datang,ketika itu kita bermuhasabah kesilapan,terfikir mencari jalan penyelsaian.Allahlah menjadi tempat dambaan untuk memohon petunjuk dan jalan penyelsaian. Disaat masalah bagaikan tiada jalan penyelsaian dikurniakan Tuhan kedamaian dan ketenteraman jiwa yang menyatakan kita manusia biasa yang mana mungkin sempurna. Namun harus berusaha untuk melakukan seperti perintah Tuhan.Berjaya atau tidak bukan tujuan,namun usaha yang ikhlas untuk mengharapkan keredhaan Tuhan itulah kejayaan. Jika tidak mampu berbuat baik maka jangan berbuat jahat. ................ Akhirnya kita tertunduk,memaksa hati yang keras untuk memohon pertolongan Tuhan bila musibah atau masalah melanda. Bergitulah kisah manusia sering lupa dan lalai bila bahagia mewarnai kehidupannya. Namun rasa syukur tetap perlu ada kerana denyut iman kepada Allah masih ada,cuma ketololan diri menyebabkan diri lupa dan alpa. Begitulah kasih tuhan,menghantar musibah dan masalah...

Detik Ramadhan Kian Berlalu

Imej
Pejam celik,pejam celik hari ini dah 9 Ramadhan ya teman-teman,macam mana ramadhan kita semua? ok?  biasa-biasa je? hambar? ahh....sngt teruk?(ada ke? harap-harap  takde) alhamdulillah baik-baik je? atau ada yang nak kata owh,sangat bagus? Apa-apa pun alhamdulillah kita masih diberi nikmat usia untuk berada di bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang penuh barakah ini adalah bulan untuk kita melatih disiplin diri kita kearah yang lebih baik.Bangun seawal pagi untuk bersahur. Sangatlah rugi bagi orang-orang yang tidak gemar untuk bangun bersahur.waktu sahur adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa kerana antara waktu yang sangat mustajab untuk berdoa adalah 10 minit sebelum berbuka puasa dan juga waktu sahur. Waktu sahur sebenarnya bukan hanya sekadar untuk bangun makan pada pagi hari bagi megelakkan terasa terlalu lapar pada waktu siang tetapi memberi banyak lagi kebaikan untuk jasmani dan Rohani kita. Jadi ayuh teman-teman gunaka...

Ardu Kinanah Kembali Mencatat Sejarah Duka Buat Muslim

Imej
Sejarah yang perlu dipelajari dan diambil pelajaran. Dalam kelukaan akan terbit manusia yang benar-benar berjuang. Catatan sejarah yang menguji siapa kita Melihat saudara kita yang terbunuh mahu menengakkan hak mereka. Meletakkan Islam Di tempat yang tertinggi Ya Allah dikitnya ilmu hamba untuk membaca hikmah dibalik duka Namun hamba tetap percaya kebenaran dan kemenangan akan tertegak jua. 4 julai 2013 catatan sejarah rampasan kuasa oleh tentera daripada pemimpin pilihan rakyat Mohammed Morsi.... Doa dan bantuan yang termampu kita kirimkan tapi yang lebih penting KITA,apakah sumbangan kita kepada ummah dalam memartabatkan islam untuk menjadi hamba yang diredhai oleh Allah. Catatan sejarah ini sedang mengajar kita.Renungkanlah......APA?