Duhai Cinta

Duhai cintaku.......duhai sayangku...bla..bla.. nyayi anak saudraku dengan lagak macam seorang penyayi.Aku hanya tersenyum dengan keletahnya.hai kecik-kecik lagi dah pandai nyayi lagu cinta, mana dia dengar pun tak tau.mak ayah dia bukan kaki dengan lagu,ni mesti abang dengan kakak diala............aik nak cerita pasal apa ni, tukar tajuklah kita bersajak lagi. walaupun hanya puisi biasa tapi maksud dia dalam tau.

Cinta membuat aku bingung,
bukankah cinta itu anugerah Ilahi,
tapi mengapa cinta itu......
membuat lelaki perkasa menangis,
perempuan tak perlu diungkap lagi.

Ah, pening aku,
kenapa cinta itu...
membuat manusia ceria menjadi pemurung,
anak taat menjadi derhaka,
wanita pemalu jadi tak malu,
lelaki baik jadi tak baik,
cinta apa itu?

Ada apa dengan cinta itu,
sehingga si gadis tegar meninggalkan keluarga,
untuk hidup besama si jejaka,
jasa bonda dan ayahda dilupakan saja,
si jejaka pula membuang keluarga demi si gadis,
bahagiakah mereka membelakangkan keluarga.

Ah pening aku,
memikirkan kemelut cinta remaja,
cinta si monyet di bangku sekolah,
cinta si 'demand' tinggi,
cinta si buaya tembaga.

Tenanglah wahai jiwa,
jangan engkau resah dan gelisah,
cinta itu anugerah ilahi,
jangan diikutkan sangat kata hati,
ikutlah pertunjuk ilahi,
bercintalah mengikut syariatnya,
cinta dan sayang itu anugerah ilahi
dari Tuhan yang penyayang lagi mengasihani.

Ya Tuhan jangan engkau membiarkan kami
teperangkap dalam cinta nafsu-nafsi
yang penuh tipu lagi palsu,
pertemukan kami dengan insan yang layak,
dalam naugan nikmat dan syariatMu,
melangkah ke gerbang cinta,
dengan akad suci dan keredhaanMu.

aku bukan doktor cinta apatah lagi pakar cinta,
tapi pesanku buat anak sekolah yang bercinta,
jangan engkau tertipu dengan nikmat sementara,
utamakanlah mujahadahmu dalam mencari ilmu
jangan biarkan dirimu dibius cinta,
tak perlu engkau terlalu memikirkan soal cinta,
kelak bila tiba masa engkau nikmatilah ia.

Pesanku buat insan yang berduka lara dek kerana putus cinta,
jangan engkau pendam perasaan luka,
luahkan ia pada sahabat yang setia,
aku takut ia akan memakan dirimu
sedikit demi sedikit hingga rosak binasa,
jangan engkau rayu lagi pada insan yang tak sudi,
jangan engkau zalimi dirimu kerana si dia yang tak menghargai,
bangkitlah dari 'mimpi ngeri' kerna dirimu bergitu berharga,
Tuhan menciptakanmu dengan sebaik-baik kejadian...hargailah.
jangan kerana dia engkau membunuh potensi diri,
lagi tegar mengambil nyawa sendiri.

P/S:entri blog lama ditulis sekitar tahun 2010

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Aku Mahu Sihat