Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Jangan Tidur Sebelum Lakukan 4 Perkara

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, " Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara: 1-Mengkhatam Al-Quran. 2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat. 3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu. 4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah. Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : " Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang". Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda : Apabila kamu: 1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. 2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti . 3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau. 4-Jika kamu menyebut Sub

4 Ciri-ciri Orang Yang Berpandangan Jauh (Futuristik)

Dapat melihat adanya bantuan Allah SWT. Dalam Surah Ali Imran, ayat 13. Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada 2 golongan yang bertemu (bertempur).segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala mereka (seakan-akan) orang-orang muslimin 2 kali jumlah mereka.Allah menguatkan dengan bantuannya siapa yang dikehendakiNya.Sesungguhnya yang demikian itu terdapat  pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati. Dapat mengambil pengajaran daripada perubahan siang dan malam yang Allah SWT ciptakan. Surah An-Nur, ayat 44. Allah mengantikan malam dan siang.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan. Sentiasa berzikir dan ingat pada hari Kiamat. Dalam surah As-Sad, ayat 45. Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut,kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat,dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut mereka tiba-tiba bergir

Kisah Brian Mencari Islam

Imej
“Imam, Imam! Assalamualaikum!” kedengaran suara menjerit dari luar. Siapa pula yang datang ke rumah saya awal-awal pagi ini. Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. “Waalaikum al-Salaam wa Rahmatullah. Sebentar ya”, saya menuju ke pintu. Oh, Hisham rupanya. Dia tersenyum dan ketawa kecil. “Ya Hisham, apa halnya?”, saya bertanya kehairanan.  “Saya tahu Imam tak suka diganggu waktu-waktu begini. Sebab itu saya ketawa.”, kata Hisham. “Oh, tidaklah sampai begitu. Kalau ada keperluan, tak ada masalah. Kenapa kamu ni? Bekalan roti empat segi kamu sudah habiskah?”, saya masih menunggu penjelasan. “Di masjid sana, ada seorang budak Irish mahu berjumpa dengan Imam. Dia nampak cemas dan enggan memberitahu saya apa tujuannya mahu berjumpa dengan Imam.”, kata Hisham. “Kesian kamu. Orang nak jumpa saya, kamu pula yang dikejutkan awal-awal pagi ini”, saya menjawab. “Eh, bila pula saya tidur?”, Hisham menyanggah andaian saya. “Hmm, bukan saya tak kenal kamu, Hisham. Baiklah. Saya datang sekarang”, saya m

Lynete Wehner:Mengajar Di Sekolah Islam Membawa Ke Cahaya Islam

Imej
Begitulah sunnah Allah. Sesiapa yang mencari kebenaran, pasti dia akan menemuinya. Allah tidak mensia-siakan pencarian hambaNya. Lynette Wehner mengakui berada dalam dilema ketika pertama kali mendapatkan tugas mengajar di sebuah sekolah Islam. Wehner lahir dari keluarga Amerika yang menganut agama Kristian Katolik. Kedua mertuanya mengingatkan agar Wehner tidak terpengaruh dengan ajaran Islam bila berkhidmat di sekolah Islam itu."Yang penting, kamu tidak masuk Islam," begitu kata ayah mertuanya. Selama dua hari Wehner merasa gelisah untuk mengambil keputusan apakah ia akan menerima tugas tersebut, apalagi pihak sekolah mewajibkannya mengenakan jilbab waktu mengajar. Jilbab adalah sesuatu yang sangat asing baginya. Tapi akhirnya ia menerima pekerjaan mengajar di sekolah Islam itu dengan pertimbangan bahawa pengalaman mengajarnya yang pertama ini akan menjadi batu loncatan baginya kelak. Hari pertama mengajar, seorang staf di sekolah Islam itu membantunya memakai jilbab di

Hukum Dan Syarat-syarat Taubat

Imej
Berkata Imam Nawawi:Taubat daripada segala dosa ad alah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah Taala iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak Adam maka terdapat tiga syarat: Meninggalkan maksiat. Menyesal dengan perlakuan tersebut. Berazam tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya. Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah. Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam maka syaratnya ada empat iaitu tiga yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya. Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya. Jika ia termasuk hak-hak anak Adam tidak kira apa jua seperti had menuduh atau seumpamanya maka hendaklah minta dihalalkan daripadanya. Dia juga wajib bertaubat daripada segala dosa.Di antara syarat-syarat lain ialah meninggalkan kawan-kawan yang jahat serta menjauhkan diri daripada orang-orang yang fasik yang boleh menggalakkan seseorang itu melakukan maksiat

Biar Gambar Yang Berbicara

Imej
       

Spesis Sembahyang Golongan Munafik

Imej
                        "sesungguh solat itu boleh mengcegah perbuatan keji dan mungkar" Bertapa solat yang kelihatan satu perbuatan yang ringkas itu mampu menyelamatkan seseorang itu dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.solat satu perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.Bunyi macam ringkas,namun ringkaskah sebenarnya? Saya tak mahu menyentuh perihal orang yang tidak solat,tapi mahu menilai dan muhasabah diri mengapa ramai yang solat namun masih lagi bergelumang dengan maksiat.sedangkan solat itu mampu mencegah seseorang itu dari perbuatan keji dan mungkar. Solat tapi masih lagi seronok begelumang dengan maksiat... Solat tapi tak boleh meninggalkan maksiat............... Persoalannya dimana kesilapan yang berlaku sehingga solat tidak mampu menjadi benteng untuk tidak melakukan maksiat?ataupun sekurang-kurang menerbitkan rasa malu jika melakukan maksiat..... disini saya kongsi sedikit untuk muhasabah kita bersama kenapa so

Optimis Untuk Berubah (Part 1)

Imej
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra’d:11) Siapa dalam dunia ini tidak pernah terlitas dalam sakilah hatinya untuk berubah,adakah? Saya yakin dan percaya semua orang ingin berubah. Cuma yang membezakan diantara mereka adalah orang berjaya membuat perubahan dan orang yang hanya berangan-angan untuk membuat perubahan namun tidak pernah berusaha untuk berubah hasilnya tiada perubahan yang positif berlaku dalam hidupnya. saya katakan tiada perubahan positif kerana manusia tetap akan berubah walaupun ia tidak pernah berusaha untuk berubah kerana suasana akan merubah mereka.Mahu tidak mahu,perubahan tetap berlaku, Dan orang yang ingin berubah tetapi tiada kekuatan untuk berubah.  Eh,berubahkah orang yang tidak berusaha untuk berubah? Orang yang tak ingin berubah adakalanya mereka tidak sedar ada perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka,perubahan yang bagaimana agaknya?pe