Generasi Perintis
"Kita kena bijak menilai,ambo rasa takdok kaitan gapo hok kita pakoh dengan syurga dan neraka.jangan tertipu"
Itulah lebih kurang apa yang ingin diperkatakan oleh DJ sebuah radio repleksi kepada pilihan raya kecil di galas.saya tidak mahu menghurai pasal perkara tersebut sebenarnya tapi saya ingin tanya satu soalan.adakah dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini tiada kaitan dengan agama.cuba bagi tahu saya di bahagian mana yang tiada kaitan itu..............
Agama adalah satu cara hidup,itu bermakna ia mengatur cara hidup kita,dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.Jika kita hidup tanpa agama bermakna kita hidup atas dasar fikir semata-mata itu menjadikan kita mungkin pintar tapi kering jiwanya.Bahagiakah hidup manusia yang kering jiwanya?
Agama mengatur cara hidup kita untuk menjadi lebih berdisiplin,hebat dan berjaya bukan hanya untuk hal2 keduniaan namun untuk akhirat juga.Tanpa agama,apa kayu pengukur yang kita ingin gunakan untuk mengukur nilai diri kita yang sebenarnya.Tanpa agama bagaimana kita ingin mengenal sang pencipta,jadi timbul persoalan di minda saya bagaimana boleh wujud manusia bertuhan tapi tidak beragama??.......
Bila diikir-fikirkan itulah lumrah manusia yang ingin dan percaya bahawa ada kuasa yang maha hebat yang mencipta alam ini iaitu Allah,tuhan semesta alam.Penemuan sains telah membuktikan bahawa didalam otak manusia terdapat satu bahagian atau satu titik yang dinamakan God Spot,titik yang mewujudkan rasa akan kewujudan tuhan dan keinginan untuk bertuhan secara fitrah manusia.Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu mahu dustakan??
Saya ada dua persoalan yang ingin ditanya kepada manusia yang bertuhan tapi tidak beragama,Siapakah Tuhanmu?? Dan Bagaimana tuhan kamu??.Saya yakin dan percaya persoalan ini tidak akan mampu dijawab tanpa panduan dari agama……………
Yang menjadi permasalahan kini yang mengaku beragama dan bertuhan tapi tidak mahu megikut prinsip2 agama yang ditetapkan dan hanya mahu mengambil perkara yang berkenan dengan hati (nafsu) mereka sahaja.Natijahnya islam dilihat lemah walhal hakikatnya bukan islam yang lemah tetapi penganutnya yang tak sepenuh hati, yang bermasalah.
Jadi ayuhlah wahai saudara saudari walaupun kita bukan generasi pemula apatah lagi generasi pengakhir.Tapi jadilah kita generasi perintis kepada perubahan yang sudah lama dimulakan oleh perjuang2 islam sejak zaman Rasulullah lagi……..bagaimana?? bacalah!!! dengan nama Tuhanmu yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Ulasan
Catat Ulasan