Anjuran Pergaulan Dalam Islam
![Imej](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuIqpexfbsFGTsHW0yqS2HYNMjn1FVGy-7hzph1mQO2rlGo3QSdqp5rLJXhFVnnydlgybFUgZ-8vLdqQH8p2VJOTK1_aaVbENuSIiAiHcf3nWF0G7uQF99oy0wh8kxotW7SFnj2v5FWdx8/s1600/Kata+Mutiara+Persahabatan.png)
Bolehkah kita hidup bersendirian dalam dunia ini? Secara fitrahnya perlukah manusia kepada persahabatan?saya yakin semua orang akan menjawab ya. Dalam kehidupan harian kita berdepan dengan pelbagai kerenah manusia,yang adakalanya kerenah-kerenah mereka menguji kesabaran kita,membuat perasaan kita kucar-kacir bercampur baur diantara marah,geram,rasa bersalah,rendah diri dan macam-macam lagi.Namun adakah kerana kerenah manusia ini pelbagai,kita perlu mengelak atau menolak untuk bergaul dengan orang ramai? Bukankah islam agama yang menganjurkan persatuan dan kemesraan.Islam menggalakkan kita bergaul,berkenal-kenalan diantara satu sama lain.kita dapati banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengalakkan kita bergaul untuk mengerakkan silatulrahim. Salah satu hadis nabi s.a.w yang berbunyi mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan tahan menangung telatah-telatah mereka yang menyakitinya,adalah lebih baik dari mukmin yang tak bergaul dengan orang ramai dan tidak ...