Catatan

CATATAN DARI JIWA LETIH

Imej
Bertahun aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang catatan dan pengisian. Tiba- tiba hari ini aku rasa ingin menulis kembali.Menulis apa saja yang bersarang di aqal dan hati. Membuat catatan untuk peringatan sendiri. Kalau ada yang sudi membaca moga kalian juga boleh mengambil manfaat dari apa yang tercatat. "LOCKDOWN" Semalam, kerajaan umum lagi "lockdown" seluruh negara untuk mengekang wabak covid19 yang tiada sebarang tanda untuk reda lagi.Hari ini saja catatan kes 9020 positif dengan 98 kematian. Catatan tertinggi buat masa ini dan dijangka meningkat lagi. Berita ini mungkin yang ditunggu oleh sebahagian dan berita perit bagi sebahagian yang lain. Begitulah kehidupan satu keadaan memberi rasa yang berbeza kepada setiap orang. Namun, insyaAllah kita semua mampu menghadapinya. PELUANG Bagi aku "lockdown" ini menambah ruang aku untuk menambah ilmu, menyusun semula strategi mengatur kehidupan biar selari dengan kehendak ilahi .Rapuh aku rasa dengan ilmu yang

Harapan Buat Para Pendosa

Imej
Dosa Titik hitam yang mengelapkan hati,terpalit kepada hati manusia yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan ajaran tuhan. Siapa di dunia ini mahu mendabik dada dia tak berdosa? Siapa yang mengaku, dialah pendosa yang paling tegar. maka buat hati yang tengah sedih mengenangkan dosa, bertaubat dan bersyukurlah hatimu masih mengenal tuhan yang maha berkuasa.Denyut hati masih merasa kita seorang hamba yang diutus ke dunia untuk tunduk dan patuh kepada tuhan yang maha Esa. Hati itu sifatnya berbolak-balik hari ini kita mungkin ingat larangan dan ancaman tuhan kepada perbuatan dosa, esok mungkin ingat,mungkin tidak dan perjuangan kita adalah untuk taat. Ingat perjuangan kita adalah untuk TAAT,  buat yang gagal untuk taat, jalan taubat masih terbuka luas dari tuhan yang maha kaya lagi maha penerima taubat.jangan sesekali putus asa dalam menjadi hamba yang taat walaupun beribu kali mencuba tapi masih bergeluman dengan dosa.Pintu taubat masih terbuka selagi mana eng

Anjuran Pergaulan Dalam Islam

Imej
Bolehkah kita hidup bersendirian dalam dunia ini? Secara fitrahnya perlukah manusia kepada persahabatan?saya yakin semua orang akan menjawab ya. Dalam kehidupan harian kita berdepan dengan pelbagai kerenah manusia,yang adakalanya kerenah-kerenah mereka menguji kesabaran kita,membuat perasaan kita kucar-kacir bercampur baur diantara marah,geram,rasa bersalah,rendah diri dan macam-macam lagi.Namun adakah kerana kerenah manusia ini pelbagai,kita perlu mengelak atau menolak untuk bergaul dengan orang ramai? Bukankah islam agama yang menganjurkan persatuan dan kemesraan.Islam menggalakkan kita bergaul,berkenal-kenalan diantara satu sama lain.kita dapati banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang mengalakkan kita bergaul untuk mengerakkan silatulrahim. Salah satu hadis nabi s.a.w yang berbunyi mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan tahan menangung telatah-telatah mereka yang menyakitinya,adalah lebih baik dari mukmin yang tak bergaul dengan orang ramai dan tidak

Kisah:Impian Penulis

Imej
Impianku untuk menjadi penulis masih belum sirnah. idea datang mencurah-curah bagikan nasi kerabu yang siap digaul sebati,idea yang sukar dilakarkan dengan perkataan. Agaknya inilah dugaan yang datang untuk menguji kesungguhan.Kekerdilan menjerut rasa memandang diri ini serba kekurangan.Namun hati terus melonjak untuk meninggalkan sesuatu yang hidup walaupun aku sudah mati. Intisari hadis ini berlengar di fikiran dan berdenyut di hati "Apabila matinya anak adam,segalanya ditinggalkan kecuali amal kebajikan,anak yang soleh yang memdoakan kedua ibu bapanya, dan ilmu yang bermanfaat" Ilmu yang bermanfaat moga ia juga menjadi hartaku di akhirat kelak. Aku ingin menulis, bukan untuk mencari nama, buka untuk mencari glamor bukan untuk mencari harta. Aku ingin menjadi penulis yang mampu menbangkit minat anak bangsa membaca memahat ilmu kukuh di dada mengubah paradigma jumud ke terbuka. tulisan yang menjadi harta sebagai ilmu yang

Faham?

Faham? Ku cuba faham, walaupun bingung identiti yang di cari tergelam- timbul dihempas rasa Anak-anak itu mahu sentuhan yang merasa dihatinya menjadi contoh ikutanya orang dewasa dihentam virus "gila" yang tua tak terkata apa hendonisma virus "gila" yang membadai jiwa solat hilang rasa seronoknya malas menjadi pemberat tulang belikat anak kecil  yang ku kira tidak mengerti tersengih melihat adegan romatik orang dewasa alahai, apa lagi mampu ku kata kerosakan mereka,salah kita faham?

1 Muharam 1435H

Imej
  Besok,akan masuknya 1 muharam 1435 hijrah,Permulaan tahun baru bagi kelender islam.Jika diselak tabir sejarah banyak cerita dan peristiwa yang boleh dijadikan ibrah dan pedoman dalam kehidupan ini.       Kehadiran 1 muharam 1435 hijrah amat saya nantikan dengan harapan diri saya sendiri untuk berhijrah dalam banyak perkara yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan ini.Terutamanya aspek kerjaya untuk membawa perubahan emosi, memberikan sumbangan yang optimum kepada masyarakat dan untuk kepentingan kedudukan saya di akhirat kelak.   Hijrah, Boleh didefinisikan dengan pelbagai aspek perlaksanaan,hijrah tempat dan hijrah sikap untuk mencapai matlamat atau objektif yang optimum tentang sesuatu perkara yang kita lakukan.   Jika kita imbas sejarah hijrah Rasulullah yang dilakukkan dengan penuh teliti dan berstrategi dan yang paling utama mendapat keizinan daripada Allah SWT.Kesan dari hijrah, perkembangan islam berlaku dengan bergitu pesat sekali.   Ada dugaan,ad

Keluarlah Dari Kebiasaan

Imej
Kita sepatutnya menjadi apa yang sepatutnya kita jadi.Nak jadi apa?  dan mengapa? perlu dijawab berpandukan hati yang tunduk kepada Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tiap kita mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tak sepi juga dengan kelemahan yang tertentu.Kelemahan yang Allah berikan ada yang bersifat sementara dan ada yang kekal,kadang kala kekurangan itu menjadi kelebihan dalam sesuatu keadaan.Maha Bijaksana Allah yang Maha Mencipta hambaNya. Yang kuat tak akan selamanya kuat,yang lemah tak selamanya lemah bergitulah putaran kehidupan. Menghargai dan mensyukuri kelebihan adalah lebih baik dari menangisi kelemahan yang ada.Gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk berkhidmat kepada perkara yang membawa redha Allah kepada kita. Jadi optimunkan pergunaan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita untuk mendapat redhaNya.Dan cabarannya tidak sedikit,akan ada perasaan yang terusik kerana dalam kehidupan ini kita akan berdepan dengan pelbagai