Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Kisah:Impian Penulis

Imej
Impianku untuk menjadi penulis masih belum sirnah. idea datang mencurah-curah bagikan nasi kerabu yang siap digaul sebati,idea yang sukar dilakarkan dengan perkataan. Agaknya inilah dugaan yang datang untuk menguji kesungguhan.Kekerdilan menjerut rasa memandang diri ini serba kekurangan.Namun hati terus melonjak untuk meninggalkan sesuatu yang hidup walaupun aku sudah mati. Intisari hadis ini berlengar di fikiran dan berdenyut di hati "Apabila matinya anak adam,segalanya ditinggalkan kecuali amal kebajikan,anak yang soleh yang memdoakan kedua ibu bapanya, dan ilmu yang bermanfaat" Ilmu yang bermanfaat moga ia juga menjadi hartaku di akhirat kelak. Aku ingin menulis, bukan untuk mencari nama, buka untuk mencari glamor bukan untuk mencari harta. Aku ingin menjadi penulis yang mampu menbangkit minat anak bangsa membaca memahat ilmu kukuh di dada mengubah paradigma jumud ke terbuka. tulisan yang menjadi harta sebagai ilmu yang

Faham?

Faham? Ku cuba faham, walaupun bingung identiti yang di cari tergelam- timbul dihempas rasa Anak-anak itu mahu sentuhan yang merasa dihatinya menjadi contoh ikutanya orang dewasa dihentam virus "gila" yang tua tak terkata apa hendonisma virus "gila" yang membadai jiwa solat hilang rasa seronoknya malas menjadi pemberat tulang belikat anak kecil  yang ku kira tidak mengerti tersengih melihat adegan romatik orang dewasa alahai, apa lagi mampu ku kata kerosakan mereka,salah kita faham?