Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Optimislah Dengan Kehidupanmu

Imej
Sikap optimis perlu ada pada setiap orang.sikap ini perlu dibaja agar sentiasa subur,bagi memastikan kehidupan kita sentiasa dalam keadaan yang bahagia,aman dan harmoni.Bagaimanakah dikatakan sikap optimis. Ciri-ciri manusia optimis 1)Bercakap berkenaan apa yang ada 2)Sentiasa bersemangat dan penuh bertenaga. 3)Sentiasa menerima pujian dengan bersyukur kepada Allah. 4)Gembira,syukur dan berterima kasih kepada semua orang yang memberi pertolongan kepadanya. 5)Bersedia berhadapan dengan masalah,bukan melarikan diri daripadanya. 6)Menerima sebarang masalah sebagai satu cabaran untuk menyelsaikannya dengan cara terbaik dan penuh kematangan. 7)Tidak rasa terbeban dengan tugas atau amanah yang perlu digalas,malah ia dipikul dengan penuh tangungjawab 8)Sentiasa bersangka baik 9)Melihat sesuatu perkara di sudut yang positif 10)Yakin dengan diri sendiri 11)Tidak mudah menyerah kalah dan putus asa terhadap sesuatu perkara

Terlambat

Imej
Terlambat satu istilah biasa bagi kehidupan manusia yang tiada displin,malah terlambat dianggap perkara biasa bagi sesetengah orang,adakah terlalu kasar untuk saya mengatakan begitu?lambat terhasil dari sikap yang tiada disiplin dan tidak ada kesedaran kepada kepentingan sesuatu perkara yang menyebabkan kita agak ketinggalan berbanding dengan orang lain. Saya tidak mahu berbincang soal terlambat sebenarnya tetapi saya ingin berkongsi sebahagian kecil kesan daripada telambat.Terlambat memberi kesan psikologi yang tidak sedikit kepada seseorang individu seperti perasaan rendah diri dan berputus asa dalam kehidupan apabila ia menyedari akan "keterlambatan" dirinya. Visual yang mungkin terbayang di pemikiran kita bila berbicara soal terlambat adalah terlambat pergi pejabat,terlambat pergi sekolah, terlambat masuk mesyuarat,terlambat makan dan lain-lain dan ramai yang lupa yang kita terlambat dalam beramal dan menuntut ilmu pengetuan agama.Umur sudah menjegah u