Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Ke Gereja Untuk Ke Masjid

Imej
“ Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah! ” saya melafazkan syahadah. Laura mengulang bilah-bilah kesaksian itu dengan penuh kesungguhan. “Alhamdulillah. Welcome back, sister !”, saya menadah tangan mengucap syukur. Laura menangis. Bukan sedih. Tetapi riak wajahnya menampaknya suatu kelegaan yang besar. Pagi itu Laura telah mengisytiharkan keIslamannya di hadapan saya dan beberapa warga masjid, termasuk beberapa muslimat yang saya jemput untuk meraikan Laura. “ Thank you, Imam. I feel so blessed that no word can describe my feeling right now. I can’t believe that I am now a Muslim. Finally !” kata Laura. Saya sendiri berasa sebak dan terharu. Selepas beberapa kali berutus soal jawab melalui telefon, pagi itu Laura nekad untuk melafazkan syahadahnya. Saya mengalu-alukan ‘kepulangan’ beliau dengan ucapan ‘ Welcome back ‘, kerana mahu mengangkat hakikat yang diterangkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa setiap insan itu dilahirkan fitrah. M

Peringatan Buat Diri

Wahai diri, jangan engkau merasa riak, dengan kelebihan yang dianugerahkan kepadamu, ingatlah akan firman Tuhan, "Riak itu umpama tanah diatas batu licin yang ditimpa hujan" sia-sia amalanmu angkara riak, jangan engkau hampakan dirimu bila berjumpa Tuhan kelak. Wahai diri ingatlah akan asal usul kejadianmu, bermula dari seorang lelaki benama Adam dan wanita bernama Hawa, jangan engkau berjalan di muka bumi Tuhan ini dengan lagak bongkak,sombong lagi angkuh, ingatlah engkau berasal dari setitis air yang hina. Wahai diri, ingatlah hakikat hidup ini, kehidupan hari ini cuma sementara sahaja, kita kan kembali mengadap Sang Pencipta, kita akan dipersoalkan dengan tiap amanah yang diberi, ingatlah kita didatangkan ke dunia ini sebagai khalifah Allah dimuka bumi, membawa amanah yang tak sanggup dipikul oleh makhluk yang lain. Wahai diri, sampaikan risalah tuhan semampumu, semoga engkau tidak berada dalam kerugiaan, "Demi masa, sesungguhnya manusia b

5 Bulan Menjelang Penikahan,Membawanya Kepada Islam

Imej
Lima bulan sebelum hari pernikahannya, Karen Meek terkejut mendengar pengakuan Eric, tunangannya. Eric mengatakan bahawa ia sudah menjadi seorang Muslim. Pengakuan itu bagai petir di siang hari buat Karen yang seperti warga Rusia lain, tidak menganut agama apapun atau lebih dikenali sebagai ateis. "Saya fikir dia (Eric) sudah mengalami cuci otak. Tiba-tiba saja ia berhenti minum minuman beralkohol. Ia sembahyang lima waktu sehari dan tidak mahu lagi makan daging babi," cerita Karen tentang perubahan perilaku tunangannya. Eric yang dahulunya penganut Kristian Baptis, tapi kemudian menjadi seorang atheis, selama berbulan-bulan mempelajari Islam tanpa memberitahu Karen, hingga akhirnya ia memutuskan menjadi seorang Muslim. Meskipun terkejut, Karen tetap ingin meneruskan rancangan pernikahannya dengan Eric. Karen lalu mencari pelbagai rujukan, bermula dari buku sampai video tentang Islam, untuk memahami agama baru yang dianut calon suaminya. Tapi ia sama sekali tidak berhara

Hindari Perangkap Panjang Angan-angan 2

Imej
Angan-angan dan cita-cita itu 2 perkara yang berbeza, angan-angan perlu dihindari kerana angan-angan adalah perbuatan yang tidak bertapak di bumi nyata. Dan cita-cita itu, perlu ada untuk pergi lebih jauh.Cita-cita walaupun masih belum wujud dan tercapai tetapi ia realiti dan terancang. Sesuatu itu,bagi saya dianggap cita-cita apabila ia mampu dijelmakan dari pemikiran dan keyakinan dalam hati ke dalam bentuk penulisan yang boleh ditatap,kemudian ada tindakkan untuk melaksanakan apa yang dirancang,walaupun ia mungkin tidak berjaya tapi ia sesuatu yang nyata.Tidak berjaya kerana, mungkin itu bukan sesuatu yang terbaik yang Allah tetapkan untuk kita. Kali ini saya ingin berbicara kenapa angan- angan panjang perlu di hindari: Meninggalkan Taat Dan Menjadi Pemalas Serta Bertangguh-tangguh Dalam Berbuat Taat Seseorang yang dijangkiti virus panjang angan-agan akan membuang masanya bergitu saja tanpa sebarang aktiviti yang bermanfaat,ia tergelam dalam dunia tipu daya yang dicipta oleh p

Puisi Buat Insan.......

Insan..... sukar untuk ku jelaskan, apa yang ada dihati ini dengan seupaya hikmah ingin kunyatakan apa yang terhimpun dalam hati Insan..... usah engkau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diri ini akuilah hakikat yang tersurat aku bukan Siti Khadijah mahupun permata Siti Fatimah aku bukan Siti Aisyah mahupun ummul mukminin yang lain bukan juga Rabi'atul Adawiyah wanita suci yang terpuji juga tidak mencapai martabat Siti Maryam,Masyitah,Asiah,Sumaiyah Insan..... Mengertilah dengan waras keislaman aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih cuba mempertahankan maruah dan kesucian diri dalam mengharungi kegawatan masa kini yang serba palsu dan menjijikkan dengan kemampuan diri yang tinggal sekuman cuma Insan.... demi kerana-Nya semata-mata tidak kutagih apa-apa dari-mu cuma kupohon sebuah pengertian bahawa jauh di sudut hatiku sedang berjuang mencari nur ilahi Jadi,fahamilah diri ini insan kerdil yang sedang mencari mencari nur ilahi.........

Mahu Berubah

Imej
Memperkatakan tentang perubahan bukanlah satu perkara yang payah.Bergitu mudah untuk memperkatakannya tetapi bagaimana dengan praktikalnya,adakah ia juga mudah? tapi walau bagaimanapun kehidupan manusia memerlukan perubahan dari semasa ke semasa, dari buruk ke baik, dari baik kepada lebih baik. Orang yang hidupnya tiada sebarang perubahan,tidak berubah sebenarnya atau boleh dikatakan sebagai bangkai bernyawa.kasar bunyinya tapi benarkan...ke tak betul?Orang yang hidupnya hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung dan orang yang hidupnya hari ini lebih buruk dari semalam adalah celaka. macam selalu dengar je ayat tu kan. Tapi sejauh mana kita menghayatinya? Mudahkah mahu berubah? Jawapanya bukan mudah atau tak mudah tapi mahu atau tak mahu sebenarnya.Memang tak dinafikan untuk berubah bukan mudah.Perubahan memerlukan pengetahuan(tahu apa yang kita mahu),kemahuan yang bersungguh-sungguh bagi menwujudkan kemampuan untuk berubah.Perubahan mesti lahir dari hati bukan

Joannes Lucas Selepas Meneliti Ayat Al-Maidah

Imej
Pertemuan kali pertama penulis dengan anak muda kelahiran Tawau, Sabah ini, langsung tidak menampakkan dirinya seorang mualaf . Ini kerana raut wajah Joannes Lukas, 29, persis jejaka Melayu ditambah pula kelancaran tutur kata tanpa dipengaruhi loghat negeri asalnya. Malah menurut lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini lagi, kalau melihat penampilan dirinya sebelum bergelar Muslim, beliau sendiri tidak menyangka akan memeluk agama Islam. “Jadi Muslim… memang tidak pernah terlintas dan terbayang. Ini kerana saya boleh dikatakan seorang penganut Kristian yang setia serta terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti gereja. “Tetapi semuanya bermula selepas saya berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk menyambung pengajian di UPM kira-kira 10 tahun lalu. Pada masa itu, saya sedang berada di matrikulasi. “Hakikatnya, pengislaman saya lebih kepada pengkajian dan perbandingan agama. Itupun selepas berhadapan dengan beberapa persoalan berkaitan

Panduan Memilih Sahabat

Imej
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; -Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; -Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu -Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; -Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; -Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; -Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; -Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia

Kisah Brownies Dan Kehidupan

Imej
Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.  “Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”  Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”   “Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”  “Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak bole

Peguam Jacko Masuk Islam

Imej
PADA 17 Oktober 2009, peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf jutawan, Mark Shaffer secara rasmi memeluk Islam di Arab Saudi.  Beliau yang mengendalikan pelbagai kes perundangan sivil, memeluk Islam ketika bercuti 10 hari di negara itu untuk melawat bandar terkenal seperti Riyadh, Abha dan Jeddah. Di AS, beliau seorang yang sangat dikenali lebih-lebih lagi Shaffer ialah peguam yang mengendalikan kes raja pop Michael Jackson, iaitu seminggu sebelum superstar itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009.  Sebagaimana yang diceritakan oleh pemandu pelancong, Dhawi Ben Nashir yang mengiringi Shaffer sepanjang percutian di Arab Saudi itu, peguam itu memeluk Islam dengan penuh kerelaan. “Sejak hari pertama Shaffer menjejakkan kakinya di Tanah Arab, beliau bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam terutamanya mengenai solat. “Selepas bercuti selama dua hari di Riyadh, sebuah bandar yang agak moden, kami kemudiannya bertolak ke Bandar Najran untuk melawat dua kawasan iaitu Abha dan Al